Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:40 Syuruk : 7:01 Zohor : 13:13 Asar : 16:36 Maghrib : 19:21 Isyak : 20:35

 

Perlis, 10-11 Mei 2016 : Agenda penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah diteruskan melalui Mesyuarat Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Dan Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke-16/2016. Objektif mesyuarat ini adalah :

  1. Mewujudkan persepakatan ke arah penyeragaman dan penyelarasan tugas-tugas penguatkuasaan dan pendakwaan ke atas undang-undang Syariah;
  2. Membincangkan secara bersama isu dan masalah pelaksanaan undang-undang Syariah di negeri-negeri;
  3. Memperkemas dan memantapkan lagi penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang Syariah di negeri-negeri; dan
  4. Meningkatkan hubungan dan kerjasama antara agensi pusat dengan negeri-negeri khususnya dalam bidang penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang Jakim mewakili Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YBhg. Tuan Razali bin Ismail, Penasihat Undang-Undang Jakim; YBhg. Tuan Halim bin Ahmad, Pengarah Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti; ACP Mohd Hanapi bin Mohd Sani, Pegawai Turus E2A Cawangan Khas PDRM; KPNCR Negeri Pahang dan KPNCR Negeri Perak selaku Pembentang Kertas Kerja. Lima kertas kerja telah dibentangkan di dalam mesyuarat pada kali ini dan beberapa persepakatan telah dicapai khususnya dalam perkara-perkara dasar penyelarasan penguatkuasaan dan pendakwaan syariah di Malaysia.

 

1. kppa kps 16

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Aziz bin Haji Mohamad,

Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang Jakim

2. kppa kps 16 copy

YBhg. Tuan Halim bin Ahmad, Pengarah Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti

memberi taklimat tentang isu nikah sindiket   

3. kppa kps 16Ahli mesyuarat terdiri daripada Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama

dan Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia

4. kppa kps 16

Pembentangan kertas kerja oleh Tuan ACP Mohd Hanapi bin Mohd Sani,

Pegawai Turus E2A Cawangan Khas PDRM 5. kppa kps 16

YBhg. Tuan Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang Jakim menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Tuan Haji Mohammad Abdul Qahar bin Abd. Aziz, Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Negeri Pahang.

6. kppa kps 16

YBhg. Tuan Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang Jakim menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Tuan Haji Zakaria bin Abd. Razak, Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Negeri Perak.

 

Jurufoto : Encik Zuhairi bin Johari




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Mei 2017.
Jumlah Pelawat :10921041