Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 13:01 Asar : 16:18 Maghrib : 19:00 Isyak : 20:10

Tindakan pemantauan ke Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dari semasa ke semasa akan terus dilaksanakan oleh JAKIM selaku badan penyelaras di peringkat Pusat. Tugas tersebut sangat penting bagi melihat sejauh mana usaha dan keputusan dasar yang telah dibuat dalam forum-forum penyelarasan dapat dilaksanakan dengan tersusun dan teratur.

          Selaras dengan itu, program Sistem Penarafan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (SPPP) yang diperkenalkan JAKIM telah diteruskan lagi di dua buah negeri iaitu negeri Pulau Pinang pada 12 April 2016 dan Perak pada 31 Mei 2016. Program tersebut yang diurusetiakan oleh BPUU JAKIM bersama Panel Penilai yang dilantik telah turun ke Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pendakwaan JAIN tersebut bagi menjalankan penilaian sejauh mana pencapaian sesebuah bahagian tersebut. Ini bermakna daripada 14 buah negeri seluruh Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hanya 2 buah negeri yang masih belum dikunjungi oleh Panel Penilai SPPP iaitu Sabah dan Sarawak. Diharapkan SPPP di Sabah dan Sarawak dapat diselesaikan sebelum akhir 2016 bagi melengkapkan Siri 1 SPPP yang mula dijalankan pada tahun 2015.

Diharapkan hasil atau dapatan daripada pelaksanaan SPPP nanti akan dapat membantu JAKIM untuk menyelaras pelaksanaan tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah di samping membantu negeri-negeri mengetahui kekuatan dan kelemahan mengikut penanda aras yang ada seterusnya berusaha memperbaiki dan meningkatkan potensi modal insan dan pembangunan organisasi setanding dengan agensi penguatkuasaan lain di negara ini.

sppp penang3

 

sppp penang1

 

sppp penang2

 

sppp penang4

 

sppp perak1

 

sppp perak2

 

sppp perak3

 

sppp perak4

 

sppp perak5

 

sppp perak6

 

sppp perak7

 

 

Kredit Foto : Encik Zuhairi bin Johari

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 Oktober 2017.
Jumlah Pelawat :12069278