Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:40 Syuruk : 7:01 Zohor : 13:13 Asar : 16:36 Maghrib : 19:21 Isyak : 20:35

Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, JAKIM telah mengadakan Pelancaran Buku Sistem Penarafan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (SPPP) Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bersempena majlis Perhimpunan Bulanan JAKIM Bagi Bulan Ogos 2016 pada 12 Ogos 2016 (Jumaat) bertempat di Auditorium Aras 5, Blok D8, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Pelancaran buku ini adalah sejajar dengan inisiatif JAKIM untuk memperkenalkan Program Sistem Penarafan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (SPPP) Jabatan Agama Islam Negeri bagi memantau semua pelaksanaan tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah yang terdapat dalam peruntukan undang-undang sedia ada, agar ianya berjalan dengan sistematik dan berkesan. Di samping itu, program ini merupakan mekanisme baharu penambahbaikan gerak kerja, menilai kekuatan dan kelemahan organisasi dan memperluaskan konsep perkongsian ilmu (sharing knowledge).

Objektif program Sistem Penarafan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (SPPP) JAIN seluruh Malaysia ini adalah bertujuan sebagai satu usaha JAKIM di peringkat Pusat membantu JAIN selaku agensi Pelaksana untuk mentranformasikan Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pendakwaan JAIN seluruh Malaysia selari dengan perkembangan semasa. Program ini berbentuk penilaian perkhidmatan (delivery system and good governance) berdasarkan kepada 5 kluster iaitu Kluster Pembangunan Organisasi, Kluster Pembangunan Insan, Kluster Perundangan, Kluster Diplomatik dan Perhubungan serta Kluster Penyelarasan dan Pemantauan Tindakan.

Selain itu, JAKIM juga telah melantik seramai 20 orang Ahli Panel bagi melaksanakan penilaian dan pemantauan dengan mengguna pakai instrumen penilaian melalui 5 kluster tersebut. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku agensi penyelaras di peringkat pusat sentiasa memberi sokongan penuh terhadap usaha-usaha ke arah memartabat dan memperkasakan sistem perundangan Islam di Negara ini amnya dan Institusi Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah khasnya.

 

GAMBO cOVER DEPAN WEB

Gimik montaj pelancaran Buku SPPP.

SPPP 1

YBhg. Tan Sri Dato' Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sedang menyempurnakan majlis pelancaran Buku SPPP.

SPPP 2

 

SPPP 3

YBhg. Tan Sri Dato' Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyampaikan Buku SPPP kepada Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI.

SPPP 4

YBhg. Tan Sri Dato' Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyampaikan sijil penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Mohd. Aderi bin Che Nuh, Ketua Panel SPPP.

SPPP 5

YBhg. Tan Sri Dato' Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyampaikan sijil penghargaan kepada Tuan Haji Mohd Yusoff bin Abu Bakar,salah seorang Ahli Panel SPPP.

SPPP 6

Barisan Ahli Panel SPPP yang hadir bagi menerima sijil penghargaan.

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Mei 2017.
Jumlah Pelawat :10921014