Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:49 Syuruk : 7:11 Zohor : 13:22 Asar : 16:46 Maghrib : 19:30 Isyak : 20:44

             Dalam memartabatkan institusi Islam, JAKIM melalui Bahagian Penyelarasan Undang-Undang mengambil inisiatif dengan memperkenalkan Sistem Penarafan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (SPPP) Jabatan Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia. Program ini bertujuan menilai dan mengukur tahap kekuatan dan pencapaian Agensi Penguatkuasaan Syariah dalam menjalankan tugas penguatkuasaan dan pendakwaan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada di negeri-negeri agar ianya berjalan dengan lebih teratur dan berkesan. Selain itu, program ini juga adalah menaiktaraf sistem penyampaian perkhidmatan penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah selaras dengan agenda Negara dalam memacu Transformasi Nasional 2050 (TN50).

            Program Sistem Penarafan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah JAIN (SPPP) telah selesai dilaksanakan dengan jayanya di semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) pada 8 September 2016. Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemilihan Anugerah Prestasi Tinggi Sistem Penarafan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah JAIN pada 21 September 2016 yang lalu, bersetuju untuk mengadakan sesi pembentangan laporan tersebut bagi kesemua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

            Pembentangan oleh Panel Penilai adalah merangkumi Laporan SPPP, hasil penemuan, sharing knowledge, best practices dan pencapaian prestasi bagi Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pendakwaan di Jabatan tersebut. Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, JAKIM telah membentangkan Laporan SPPP kepada :

             i. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 16 Januari 2017;

            ii. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada 23 Januari 2017;

           iii. Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) pada 7 Februari 2017;

           iv. Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada 14 Februari 2017; dan

            v. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 15 Februari 2017

         Diharapkan dapatan hasil SPPP ini dapat membantu JAKIM untuk menyelaras pelaksanaan tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah di samping membantu negeri-negeri menilai kekuatan dan kelemahan mengikut penanda aras yang ada seterusnya berusaha memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan dengan lebih berkesan.

 

PEMBENTANGAN LAPORAN SISTEM PENARAFAN PENGUATKUASAAN DAN PENDAKWAAN SYARIAH (SPPP) BAGI JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)

bentang sppp jais1

bentang sppp jais2

bentang sppp jais3

 

 

PEMBENTANGAN LAPORAN SISTEM PENARAFAN PENGUATKUASAAN DAN PENDAKWAAN SYARIAH (SPPP) BAGI JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (JHEAINS)

bentang sppp n9 1

bentang n9 2

 

 

PEMBENTANGAN LAPORAN SISTEM PENARAFAN PENGUATKUASAAN DAN PENDAKWAAN SYARIAH (SPPP) BAGI JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR (JAIJ)

bentang sppp johor1

bentang sppp johor2

 

 

PEMBENTANGAN LAPORAN SISTEM PENARAFAN PENGUATKUASAAN DAN PENDAKWAAN SYARIAH (SPPP) BAGI JABATAN AGAMA ISLAM PERAK (JAIPk)

bentang sppp perak1

bentang sppp perak2

 

 

PEMBENTANGAN LAPORAN SISTEM PENARAFAN PENGUATKUASAAN DAN PENDAKWAAN SYARIAH (SPPP) BAGI JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG (JHEAIPP)

bentang sppp penang1

bentang sppp penang2

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 Julai 2017.
Jumlah Pelawat :11307749