Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:43 Syuruk : 7:06 Zohor : 13:18 Asar : 16:44 Maghrib : 19:27 Isyak : 20:43

Jakarta Republik Indonesia, 17 April 2017 : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Penyelarasan Undang-Undang (BPUU) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) telah menganjurkan Program Diskusi Isu Penguatkuasaan dan Pendakwaan Undang-Undang Syariah Berkaitan Ajaran Salah Rentas Sempadan di Jakarta, Republik Indonesia yang diadakan pada 17 hingga 19 April 2017 di Bandar Jakarta, Republik Indonesia.

Cadangan pelaksanaan Program Diskusi Isu Penguatkuasaan dan Pendakwaan Undang-Undang Syariah Berkaitan Ajaran Salah Rentas Sempadan di Jakarta, Republik Indonesia telah dipersetujui dalam Mesyuarat Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke- 15 pada 9-10 Mei 2016. Susulan daripada keputusan tersebut, mesyuarat memutuskan supaya program dilaksanakan bagi tujuan mendapatkan maklumat yang tepat mengenai isu akidah seperti aliran pemikiran liberal, ajaran salah, eksterimis agama dan permasalahan ancaman keselamatan dan kaitannya perundangan Syariah. Selain itu, diskusi ini membuka ruang kepada pengamal undang-undang, mempelajari kaedah undang-undang Syariah yang dilaksanakan di Republik Indonesia sebagai kajian perbandingan dan pertukaran pandangan antara dua negara.

 

Seramai 28 orang delegasi telah menyertai program ini yang terdiri Pegawai JAKIM, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama (KPPA), Ketua Pendakwa Syarie (KPS) dan wakil seluruh Malaysia. Objektif program yang diketuai oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM adalah untuk :

  1. Memperkukuhkan maklumat dan perkongsian risikan antara dua negara Malaysia dan Indonesia bagi mengatasi dakyah dan penyebaran ajaran salah.
  2. Meningkatkan profesionalisme pegawai melalui pertukaran maklumat, pandangan dan saranan bagi mengatasi permasalahan berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan yang melibatkan isu kes akidah rentas sempadan Syariah dengan pihak Pejabat Kedutaan Malaysia, Kementerian Agama Republik Indonesia, Majelis Ulama Indonesia serta Mahkamah Agung Republik Indonesia ; dan
  3. Meningkatkan hubungan baik dan kerjasama strategik serta mengeratkan silaturrahim dengan agensi seperti Pejabat Kedutaan Malaysia, Kementerian Agama Republik Indonesia, Majelis Ulama Indonesia serta Mahkamah Agung Republik Indonesia.

Sepanjang tiga hari program, para delegasi telah berjaya mengadakan 3 sesi diskusi dan 2 sesi lawatan seperti berikut :

  1. Diskusi Bersama Majelis Ulama Indonesia (MUI)
  2. Diskusi Perundangan Bersama Mahkamah Agung Republik Indonesia
  3. Diskusi Bersama Kementerian Agama Republik Indonesia
  4. Kunjung Hormat dan Diskusi Bersama Kedutaan Besar Malaysia ke Republik Indonesia
  5. Lawatan dan Taklimat di Masjid Istiqlal, Jakarta

Program diskusi yang diadakan dapat membuka ruang dan peluang meningkatkan perkongsian maklumat dan risikan di antara pihak JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bersama agensi serantau dalam menyelaraskan tindakan pemantauan, penguatkuasaan dan pendakwaan berkaitan Akta/Enakmen/Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah.

Secara keseluruhannya program diskusi ini telah berjaya dilaksanakan serta mencapai matlamat program di samping ahli delegasi yang telah memberi komitmen yang sepenuhnya disamping menjalinkan hubungan dua hala antara JAKIM dan JAIN bersama pihak Pejabat Kedutaan Malaysia, Kementerian Agama Republik Indonesia, Majelis Ulama Indonesia serta Mahkamah Agung Republik Indonesia.

 

misi jakarta 1

 

misi jakarta 11

 

misi jakarta 2

misi jakarta 12

misi jakarta 3

 

misi jakarta 4

 

misi jakarta 5

 

misi jakarta 6

 

misi jakarta 10

 

misi jakarta 7

 

misi jakarta 13

 

misi jakarta 14

 

misi jakarta 8

 

misi jakarta 9

 

 

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Jun 2017.
Jumlah Pelawat :11150310