Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:48 Syuruk : 7:02 Zohor : 13:09 Asar : 16:14 Maghrib : 19:12 Isyak : 20:20

PERSIDANGAN KETUA-KETUA JABATAN/MAJLIS AGAMA ISLAM (PKJ)SELURUH MALAYSIA KE-103
 
Putrajaya, 28 Zulkaedah 1438H bersamaan 21 Ogos 2017M, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia  telah mengadakan Persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia ke-103 di Kompleks Islam Putrajaya (KIP), Putrajaya. Persidangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim. Turut serta Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah JAKIM dan Pengarah-Pengarah Bahagian di JAKIM. Persidangan juga dihadiri Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia, wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Bantuan Guaman, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Bahagaian Agama dan Kaunseling (BAKA), PDRM dan beberapa agensi di bawah Menteri Di JPM.
 
YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim telah menyampaikan perutusan sempena persidangan tersebut merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi agama khususnya Jabatan/Majlis Agama Islam seluruh Malaysia atas kerjasama yang sangat baik membantu Kerajaan Persekutuan menangani isu-isu semasa umat Islam di Malaysia. Sebanyak empat kertas cadangan, dua belas kertas makluman dan satu kertas taklimat telah dibentang dalam persidangan pada kali ini. Persidangan ini berakhir jam 1.00 tengahari.
 
PKJ Seluruh Malaysia Ke 103 1
 
PKJ Seluruh Malaysia Ke 103 2
 
PKJ Seluruh Malaysia Ke 103 3
 
PKJ Seluruh Malaysia Ke 103 4
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 19 September 2017.
Jumlah Pelawat :11832096