Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 13:00 Asar : 16:19 Maghrib : 18:59 Isyak : 20:10

Pada 26 September 2017, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM dengan kerjasama TV Alhijrah telah menganjurkan Konvensyen Wanita Mendepani Cabaran Abad Ke-21:Keseimbangan Dalam Kepimpinan, Kerjaya dan Keluarga. Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam (PISWI) bertanggungjawab menyesyorkan inisiatif pelaksanaan konvensyen ini selari dengan peningkatan kadar penyertaan wanita dalam sektor kepimpinan dan kerjaya.

 

Objektif penganjuran konvensyen ini bertujuan untuk Meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita Islam untuk lebih bertanggungjawab terhadap peranannya mengurus 3K secara berimbang serta meningkatkan keupayaan wanita melalui pelbagai perkongsian pendekatan Islam, psikoterapi, panduan mengurus kerjaya dan keluarga serta mengurus konflik dan emosi.

 

Penganjuran konvensyen ini dengan kerjasama TV Alhjrah merupakan satu dimensi baru bagi pelaksanaan konvensyen PISWI kerana kesediaan pihak TV Alhijrah menyiarkan pembentangan konvensyen tersebut yang diadakan dengan konsep yang lebih segar melalui penampilan Syafinaz Yunuz sebagai host merangkap moderator konvensyen. 

 

Memulakan acara, YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin, selaku Pengerusi PISWI telah menyampaikan ucaptama. Seterusnya acara dimulakan dengan penyampaian panelis yang hebat dan berkemahiran, iaitu:

 

YBhg. Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail

Jabatan Siasah Syariah APIUM

Universiti Malaya

Konsep al-Awlawiyyat dan al-Muwazanah: Pemakaiannya dalam Mengurus Keluarga, Kerjaya & Kepimpinan

 

YBhg. Dr. Ruziati Mior Ahamad Arifin

Bahagian Pengurusan Psikologi,

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Panduan Smart Kerja Alaf Baru: Cepat dan Berkualiti

 

YBhg. Prof. Dr. Noraini Md. Noor

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Wanita Bekerjaya dan Rumahtangga: Cabaran dan Penyelesaian

 

YBhg. Prof. Madya Dr. Che Zarrina Sa'ari

Jabatan Siasah Syariah APIUM

Universiti Malaya

Kaedah Psikoterapi Islam Dalam Mengurus Stres Dan Konflik Keluarga

 YB Dato’ Senator Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Haji Dusuki,  Timbalan Menteri di JPM telah hadir merasmikan konvensyen tersebut. Turut mengiringi beliau ialah YBhg. Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, YBhg. CEO TV Al-Hijrah Dato’ Haji Izelan bin Basar dan YBhg. Pengerusi PISWI Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin. Dalam ucapan peramiannya, beliau berharap penganjuran konvensyen ini dapat memberi manfaat sebaiknya kepada wanita bekerjaya untuk lebih prihatin dalam mengambil tahu bagaimana untuk mengimbangi antara kerjaya dan keluarga, terutamanya dalam menghadapi isu dan cabaran sosial masyarakat kini. 

 

PISWI 3

 

PISWI 1

 

PISWI 6

 

PISWI 2

 

PISWI 5




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Oktober 2017.
Jumlah Pelawat :12080174