Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:46 Syuruk : 7:04 Zohor : 13:14 Asar : 16:30 Maghrib : 19:20 Isyak : 20:31

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Persidangan Ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju’ (KPNCR) Seluruh Malaysia Kali Ke 34 pada 26 - 28 April 2016 bersamaan 18 - 20 Syaaban 1437 bertempat di TH Hotel, Bayan Lepas, Penang. Persidangan ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Razali Bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim.
 
Objektif utama persidangan ini adalah untuk menghimpun Ketua-ketua Pendaftar Nikah Cerai dan Ruju’ seluruh Malaysia dan agensi berkaitan bagi menyelesaikan isu dan permasalahan berhubung pengurusan nikah, cerai dan ruju’ orang Islam di Jabatan Agama Islam Negeri-negeri seluruh Malaysia. Selain itu ia bertujuan sebagai platform untuk menyelaras peraturan mengenai urusan nikah, cerai dan ruju’ orang Islam di Jabatan Agama Islam Negeri-negeri seluruh Malaysia. Di samping mendapatkan maklumat, pandangan, maklumbalas dan idea bagi mengatasi isu-isu perkahwinan yang tidak mengikut peraturan Negara dan berlawanan Enakmen / Akta.
 
Persidangan ini telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ Seluruh Malaysia, Wakil JKSM, KAGAT, BAKA dan Pegawai Atase Agama Malaysia di Jakarta, Indonesia. Selain itu Pengarah-Pengarah Bahagian Jakim yang berkaitan turut hadir ke persidangan ini.
 
Terdapat lima pembentangan di dalam persidangan kali ini yang meliputi tiga Kertas Makluman pertama daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan Mekanisme Pengurusan Pendatang Asing Tanpa Izin, kertas kedua daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan Dapatan dan Analisis Pelaksanaan Ujian Saringan HIV Kepada Bakal Pengantin Beragama Islam dan kertas ketiga daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan Jenis-jenis Pencen Bagi Penjawat Awam dan Tatacara Pelaksanaannya dan kertas keempat adalah Susunan Tertib Wali Pernikahan oleh Felo Fatwa Jakim. Manakala dua Kertas Laporan dibentangkan iaitu yang masing-masing daripada Jabatan Agama Islam Pahang yang berkaitan Program Pemutihan Perkahwinan Yang Berlawanan Dengan Enakmen Keluarga Islam Negeri Pahang dan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan berkaitan Pelaksanaan Program Lawatan Kerja Dan Diskusi Isu Perkahwinan Di Majlis Agama Islam (MAI) Lima Selatan Thailand.
 
Persidangan kali ini juga turut mengadakan Kunjungan Hormat Kepada TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Semasa program tersebut Para Delegasi bertukar-tukar pandangan berkaitan dengan isu nikah cerai dan ruju’ bersama Tuan Yang Terutama Tun.
 
Bahagian KSK turut mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang bagi menjayakan persidangan dan Kunjung Hormat tersebut. Justeru, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan di atas kesudian bekerjasama, memberikan khidmat bakti bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan sepertimana yang dirancang.
 
Laporan Persidangan KPNCR 34 2016 1
 
Laporan Persidangan KPNCR 34 2016 2
 
Laporan Persidangan KPNCR 34 2016 3
 
Laporan Persidangan KPNCR 34 2016 4
 
Laporan Persidangan KPNCR 34 2016 5
 
Laporan Persidangan KPNCR 34 2016 6
 
Laporan Persidangan KPNCR 34 2016 7
 
Laporan Persidangan KPNCR 34 2016 8
 
Laporan Persidangan KPNCR 34 2016 9
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 26 April 2017.
Jumlah Pelawat :10722424