Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:52 Syuruk : 7:09 Zohor : 13:18 Asar : 16:31 Maghrib : 19:24 Isyak : 20:34

 

Pertahankanlah bisikan yang berdetik agar tetap di hatimu,

kerana jika tidak, ia akan berubah menjadi buah fikiran.

Bila telah berubah,

pertahankanlah ia berada dalam fikiran semampumu,

kerana jika tidak mampu, ia akan menjadi nafsu berahi.

Perangilah agar nafsu itu ditundukkan,

karena jika tidak kau perangi akan terbentuklah rencana buruk

dalam bentuk kehendak.

Jagalah kehendak ini, karena jika tidak kau jaga,

niscaya akan terjadi perbuatan maksiat.

Lalu bila tidak kau atasi, ia akan menjadi temanmu sebagai

kebiasaan berbuat,

dan di sinilah kau akan sulit berpisah dengannya.

(Ibnu Qayyim)

Sempena kehadiran bulan Ramadan al-Mubarak, Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri (JAIN/MAIN) telah menganjurkan 2 siri program Iftar Ramadan bersama komuniti disayangi (LGBT) iaitu di Larkin, Johor Baharu dan Ipoh, Perak.

Iftar pertama diadakan di Johor baharu pada 11 Jun 2016 dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). Di antara pengisian program iftar ini termasuklah slot Refleksi Ramadan yang disampaikan oleh Dr Izwan bin Md Yusof (Jakim), Iftar Jama’i, solat Maghrib berjamaah dan bacaan tahlil, serta solat Isya’ dan Tarawih berjamaah. Pada penghujung pertemuan, pihak JAJ/MAIJ telah menyampaikan sumbangan kepada rakan komuniti yang hadir. Sebahagian peserta yang hadir adalah mereka yang pernah mengikuti program Mukhayam Jakim sebelum ini.

Iftar kedua pula diadakan di Ipoh, Perak pada 19 Jun 2016 dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Pertemuan dengan komuniti Transgender/MakNyah di Ipoh adalah bertujuan untuk mewujudkan silaturahim serta berkongsi berkenaan fungsi dan peranan Jakim dan JAIN khususnya dalam menyantuni golongan LGBT.

Secara umumnya, pertemuan ini mendapat maklumbalas yang positif daripada rakan-rakan komuniti. Mereka mengharapkan enggagement seumpama ini lebih kerap diadakan di samping menyuarakan minat untuk hadir ke program anjuran Jakim pada masa akan datang.

Berdasarkan panduan daripada al- Quran dan al- Hadith, Jakim berpendirian menolak perlakuan LGBT, namun tidak menafikan hak golongan ini untuk dibimbing dan dinasihati.

‘Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas, terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.” (QS. Az Zumar: 53)

 

iftar 4

 

iftar 1

 

iftar 2

 

iftar 3

 

iftar 5

 

iftar 6




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 22 Ogos 2017.
Jumlah Pelawat :11567095