Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:40 Syuruk : 7:01 Zohor : 13:13 Asar : 16:36 Maghrib : 19:21 Isyak : 20:35

“BICARA USRATI JANNATI & MAJLIS PELANCARAN PORTAL PISWI, PELAN TINDAKAN KELUARGA SAKINAH DAN  PELAN TINDAKAN MENANGANI GEJALA SOSIAL PERLAKUAN LGBT”

Jakim melalui Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) dan PKPU  telah menganjurkan“Bicara Usrati Jannati & Majlis Pelancaran Portal Piswi, Pelan Tindakan Keluarga Sakinah Dan  Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Tindakan Perlakuan LGBT” pada 26 Julai 2016 bertempat di Auditorium Masjid Putra Putrajaya. Majlis perasmian serta pelancaran telah dilaksanakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj.Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri .

Objektif utama;

i.          Memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan isu gejala sosial LGBT dan isu kekeluargaan.

ii.         Mempromosikan pendekatan Islam dalam menangani gejala sosial perlakuan LGBT.

iii.        Mempromosikan pendekatan dan strategi Islam dalam memperkukuhkan institusi keluarga kearah keluarga yang sakinah.

iv.        Mempromosi portal PISWI sebagai wadah kepada wanita Islam.

Pelan tindakan  ini telah digubal oleh oleh pegawai-pegawai JAKIM, JAIN, MAIN, Institusi Pendidikan,  agensi kerajaan yang berkaitan dan NGO’s Islam.       Adalah diharapan pelan tindakan ini dapat  dilaksanakan bagi membangunkan keluarga yang aman damai, jauh dari terjebak dengan gejala sosial.dan produktif serta diredhai Allah di  negeri-negeri seluruh Malaysia untuk tindakan dan usaha yang lebih sepadu, sistematik dan islamik dan

Majlis dimulakan dengan Bicara Usrati Jannti dalam  membincangkan isu kekeluargaan dan isu  LGBT dengan menampilkan Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan Dr Mohd Izwan bin Md Yusof sebagai panel serta Ustazah Marzita binti Ibrahim sebagai moderator.

Majlis turut menyaksikan penyerahan Pelan Tindakan Keluarga Sakinah Negara dan Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Perlakuan LGBT kepada 22 rakan strategik peringkat persekutuan dan negeri iaitu;

1.         Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

2.         Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

3.         Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

4.         Kementerian Kesihatan Malaysia

5.         Kementerian Pelajaran Malaysia

6.         Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

7          Institut Kefahaman Islam Malaysia

8.        Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

9.         Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia

 

1LW 0295

 

1LW 0451

 

1LW 0408

 

1LW 0359

 

1LW 0483

 

1LW 0515

 

1LW 0569

 

1LW 0300

 

1LW 0335

 

1LW 0424

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Mei 2017.
Jumlah Pelawat :10921072