Waktu Solat Putrajaya Subuh : 6:00 Syuruk : 7:14 Zohor : 13:22 Asar : 16:24 Maghrib : 19:25 Isyak : 20:34

Penubuhan Panel Isu-isu Semasa Wanita Islam (PISWI) ditubuhkan menerusi Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-51 pada 25 Mei 2010 dan mendapat perkenan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-221 pada 24 Jun 2010. PISWI telah berfungsi dengan jayanya seperti yang digariskan dalam objektif penubuhannya.

     

      Bagi menyokong dan memantapkan pencapaian objektif PISWI, tujuh (7) Jawatankuasa Pemikir PISWI telah dilantik. Perlantikan bagi sesi 2016-2018 merupakan perlantikan bagi penggal kedua sejak penubuhannya. Tujuh Jawatankuasa Pemikir PISWI yang dilantik ialah:

  1. Jawatankuasa Pemikir Antarabangsa
  2. Jawatankuasa Pemikir Dasar
  3. Jawatankuasa Pemikir Penyelidikan
  4. Jawatankuasa Pemikir Undang-undang
  5. Jawatankuasa Pemikir Pembangunan Insan
  6. Jawatankuasa Pemikir Sosial
  7. Jawatankuasa Pemikir Media

Bermula Februari 2017, setiap Jawatankuasa Pemikir PISWI (JPPISWI) telah mengadakan mesyuarat bilangan pertamanya seperti berikut:

  • 03 Februari 2017 – Mesyuarat Jawatankuasa Pemikir Media yang dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Izelan bin Basar, Ketua Pegawai Eksekutif TV Al-Hijrah bertempat di TV Al-hijrah, Kuala Lumpur.

 

  • 07 Februari 2017 – Mesyuarat Jawatankuasa Pemikir Sosial dipengerusikan oleh YBhg. Dr. Zuraidah binti Abdullah bertempat di Kompleks Islam Putrajaya.

 

  • 10 Februari 2017 – Mesyuarat Jawatankuasa Pemikir Undang-undang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Haji Zainal Rijal bin Abu Bakar bertempat di Kompleks Islam Putrajaya.

 

  • 13 Februari 2017 – Mesyuarat Jawatankuasa Pemikir Dasar dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah binti Abdul Karim bertempat di Kompleks Islam Putrajaya.

 

  • 14 Februari 2017 – Mesyuarat Jawatankuasa Pemikir Pembangunan Insan dipengerusikan oleh YBhg. Prof Madya Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail bertempat di Kompleks Islam Putrajaya.

 

  • 16 Februari 2017 – Mesyuarat Jawatankuasa Pemikir Penyelidikan dipengerusikan oleh YBhg. Prof Datin Dr. Raihanah binti Haji Abdullah bertempat di Kompleks Islam Putrajaya.

 

  • 03 Mac 2017 – Mesyuarat Jawatankuasa Pemikir Antarabangsa dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Zaleha binti Kamaruddin, bertempat di Pejabat Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

      Menerusi mesyuarat yang telah diadakan ni, Pakar-pakar yang dilantik bagi setiap Jawatankuasa Pemikir telah berbincang serta mempersiapkan agenda dan halatuju bagi membantu PISWI dalam usaha mencapai visinya untuk memastikan martabat wanita Islam kekal terpelihara selaras dengan ajaran Islam yang berteraskan aqidah ahli Sunnah wa al-jamaah. Selain daripada merancang halatuju dan agenda jawatankuasa, beberapa isu semasa wanita Islam telah dikenalpasti untuk diteliti, dikaji dan disyorkan penyelesaiannya oleh pihak-pihak tertentu.

   

       Antara pakar-pakar yang hadir dan memberi sumbangan fikrah dalam mesyuarat tersebut adalah YBhg. Prof. Madya  Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Ali, YBhg. Prof. Madya Dr. Shamrahayu binti Ab. Aziz, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah binti Yaakob dan lain-lain.

 

JPPISWI 4

 

 

JPPISWI 1

 

 

JPPISWI 2

 

 

JPPISWI 3

 

 

JPPISWI 5




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Mac 2017.
Jumlah Pelawat :10466055