Waktu Solat Putrajaya Subuh : 6:00 Syuruk : 7:14 Zohor : 13:22 Asar : 16:24 Maghrib : 19:25 Isyak : 20:34

Pada 22 Februari 2017 (Khamis) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Kursus Asas Penceramah Pascaperkahwinan Islam khusus kepada Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan Seluruh Malaysia. Program ini diadakan di Kompleks Islam Putrajaya dan disertai oleh seramai 39 orang peserta.

Antara objektif yang hendak dicapai melalui kursus ini ialah :

  1. Melahirkan barisan penceramah yang berkualiti, berpengetahuan dan mampu memberi penerangan kepada masyarakat berkaitan ilmu kesihatan keluarga berpandukan Modul Pascaperkahwinan Islam;
  2. Melahirkan barisan penceramah yang dapat membantu JAKIM menggerakkan pelaksanaan kursus di Agensi dan negeri-negeri seluruh Malaysia berpandukan Modul Pascaperkahwinan Islam;
  3. Memberi pendedahan kepada barisan penceramah berkaitan pengisian Modul Pascaperkahwinan Islam terutama Topik Pengurusan Kesihatan Keluarga.

 

Foto 1 1

 

Foto 2 1

 

Foto 3 1

 

Foto 4 1

 

Diharapkan melalui Kursus ini Pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah dilatih ini akan menjadi agen penyampai yang berkesan bagi melicinkan pelaksanaan Kursus Pascaperkahwinan Islam yang akan diadakan di seluruh Malaysia nanti.




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Mac 2017.
Jumlah Pelawat :10466055