Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 13:01 Asar : 16:18 Maghrib : 19:00 Isyak : 20:10

BENGKEL PENTASHIHAN HADITH JAMI’ TIRMIZI JILID 2 SIRI 2

2-4 September 2016: Bahagian Penerbitan, JAKIM telah mengadakan Bengkel Pentashihan Hadith Jami’ Tirmizi Jilid 2 Siri 2 di Suria Hot Spring, Bentong Pahang. Bengkel 3 hari tersebut telah dihadiri oleh pentashih yang telah dilantik antaranya Prof. Madya Dr Fauzi bin Haji Deraman dari Universiti Malaya (UM), Dr Faisal bin Ahmad Shah dari Universiti Malaya (UM), Dr. Muhamad Al’Ikhsan bin Ghazali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Khadher bin Ahmad dari Universiti Malaya (UM) dan Al-Fadhil Ustaz Syed Najihuddin bin Syed Hassan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Bengkel ini dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Haji Mohamad bin Saari, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM. Bengkel ini juga telah diisi dengan 8 kali sesi perbincangan dalam kumpulan bagi meneliti kesahihan hadith dan bacaan pruf. Semoga dengan bengkel kali ini akan memantapkan lagi penerbitan Buku Hadith Jami’ Tirmizi Jilid 2 tersebut sebagai rujukan generasi yang akan datang.

 

1LW 0057

 

1LW 0031

Maljlis Perasmian disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Haji Mohamad bin Saari , Pemangku Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM.

1LW 0067

 

1LW 0122

 

1LW 0098

 

1LW 0119

1LW 0095




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 Oktober 2017.
Jumlah Pelawat :12071405