Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:43 Syuruk : 7:06 Zohor : 13:18 Asar : 16:44 Maghrib : 19:27 Isyak : 20:43

 

MESYUARAT KALI PERTAMA JAWATANKUASA KERJA (PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN) INDEKS SYARIAH MALAYSIA

 

 

Mesy Jawatankuasa Kerja ISM 1

 

Mesyuarat Kali Pertama Jawatankuasa Kerja (Pelaksanaan dan Pemantauan) Indeks Syariah Malaysia telah diadakan pada 15 September 2016 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara ini telah dihadiri oleh seramai 17 orang ahli mesyuarat, iaitu; YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Sri Alias bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Tan Sri Dr. Noorul Ainur binti Mohd. Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah MAMPU, YBhg. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof, Ketua Pengarah ICU, YBhg. Datuk Mohammad bin Mentek, Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBhg. Dr. Rose Lena binti Lazemi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM selaku setiausaha mesyuarat, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha dan wakil-wakil jabatan yang berkaitan.

Dalam mesyuarat yang berlangsung selama satu jam ini, sebanyak satu (1) kertas cadangan dan dua (2) kertas makluman telah dibentangkan iaitu; Status Terkini Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia, Cadangan Tindakan Pelaksanaan dan Pemantauan Indeks Syariah Malaysia di Peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi dan Pelaksanaan Penyelidikan Indeks Syariah Malaysia 2017.

Jawatankuasa Kerja (Pelaksanaan dan Pemantauan) Indeks Syariah Malaysia ditubuhkan bagi menggerakkan fungsi Jawatankuasa Khas Kabinet Indeks Syariah Malaysia untuk memastikan Indeks Syariah Malaysia bergerak lebih efektif dan berimpak tinggi. Tempoh lantikan ahli Jawatankuasa ini adalah dua tahun dan mesyuarat akan bersidang sebanyak tiga kali setahun. Fungsi penting Jawatankuasa ini adalah memantau pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia dan mengemukakan cadangan untuk penambahbaikan agar visi, misi dan objektif pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia tercapai, dan seterusnya menjana idea-idea baru untuk menambahbaik dasar-dasar dan program-program yang dilaksanakan di setiap kementerian, jabatan dan agensi agar selari dengan tujuan dan matlamat Maqasid Syariah.

 

 

Mesy Jawatankuasa Kerja ISM 2

 

 

Mesy Jawatankuasa Kerja ISM 3

 

 

Mesy Jawatankuasa Kerja ISM 4

 

 

Mesy Jawatankuasa Kerja ISM 5

 

 

Mesy Jawatankuasa Kerja ISM 6




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Jun 2017.
Jumlah Pelawat :11150318