Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:43 Syuruk : 7:06 Zohor : 13:19 Asar : 16:45 Maghrib : 19:28 Isyak : 20:44

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Unit Indeks Syariah Malaysia telah mengorak langkah melakukan engagement bersama kementerian-kementerian yang terlibat secara langsung dengan bidang pengukuran Indeks Syariah Malaysia. Program engagement sangat penting bagi mendapat sokongan dan kerjasama erat daripada Kementerian untuk memastikan pembudayaan Maqasid Syariah dalam urus tadbir Negara dan pengukuran Indeks Syariah berjalan dengan baik dan lancar sepertimana aspirasi YAB Perdana Menteri.

Oleh kerana itu, beberapa siri kunjung hormat YB Mejar Jenaral Jamil Khir bin Haji Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) kepada Menteri-Menteri berkaitan telah disusun dan siri pembentangan kepada pengurusan tertinggi kementerian telah dijalankan. Kementerian-kementerian yang terlibat adalah Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kemeterian Komunikasi dan Multimedia serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Dalam pertemuan tersebut, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah membentangkan aspek Kesejagatan Maqasid Syariah dalam Urus Tadbir Negara dan Unit Indeks Syariah berkongsi tentang Indeks Syariah Malaysia. Turut hadir bersama YBhg Tan Sri Dato Othman Mustapha (Ketua Pengarah Jakim) dan Datuk Mohamad Nordin Ibrahim (Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jakim).

Hasil kunjung hormat dan pembentangan ini telah menunjukkan hasil yang positif dengan pihak Kementerian memberi sokongan dan bersedia untuk membantu Jakim melengkapkan kajian pengukuran kali kedua tahun 2017 dengan input-input terkini daripada Kementerian-Kementerian yang terlibat. Semoga usaha murni ini akan berjalan dengan sempurna demi memastikan Melayasia mengorak langkah sebagai Negara Islam yang menerajui model tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah, pertama di dunia.

IMG 20160923 WA0021

IMG 20160923 WA0023

Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia

14196145 1073409822741792 2584552653563176553 o

FB IMG 1472707781086

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

14361421 1089468747802566 3088538176383808768 o

14379743 1089468457802595 558692917895586615 o

Kementerian Komunikasi dan Multimedia

14053869 1064625736953534 7496251766967446958 o

14115562 1064625633620211 1710943160663498221 o

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

IMG20160901093610

Perbicangan bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan INTAN

IMG 20160830 WA0009

Kementerian Pendidikan Malaysia

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Jun 2017.
Jumlah Pelawat :11163112