Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:43 Syuruk : 7:06 Zohor : 13:19 Asar : 16:45 Maghrib : 19:28 Isyak : 20:44

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Unit Indeks Syariah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis telah mengadakan Wacana Indeks Syariah Malaysia Peringkat Negeri Perlis pada 26 September 2016. Wacana yang diadakan di Dewan Anggerik, Hotel Seri Malaysia telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis. Pada majlis yang sama YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom hadir menyampaikan Ucaptama bertajuk "Kesejagatan Maqasid Syariah dalam Pentadbiran Negara". Turut hadir YBhg Tan Sri Dato Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim.

Program ini adalah sebahagian daripada siri jelajah penjelasan dan penerangan Indeks Syariah Malaysia ke negeri-negeri bagi memberikan penjelasan mengenai Indeks Syariah Malaysia dan pelaksanaannya di Malaysia. Seramai 400 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Pensyarah dan Pegawai-Pegawai Agama seluruh Negeri Perlis

Sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan iaitu "Aplikasi Maqasid Syariah dalam Pentadbiran Negara" oleh Haji Ustaz Lukmonulhakim Husin (Penyelidik ISRA dan Felo Fatwa Jakim) dan "Indeks Syariah Malaysia : Satu Pengenalan" oleh Ustazah Nor Safina Zainal (Ketua Unit ISM, Jakim).

Memetik ucapan YAB Menteri Besar Perlis dalam ucapannya, "Saya menyambut baik pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia untuk diaplikasikan di negeri Perlis kerana nilai kesejagatan yang ada pada Maqasid Syariah memelihara keperluan asas manusia iaitu agama, nyawa, harta, keturunan dan akal menjadi fokus utama di negeri Perlis. Tiada sebab untuk rakyat berbilang bangsa menolak hasrat murni ini untuk mensejahterakan negeri dan negara", katanya.

Pada program ini turut diserahkan Kit Indeks Syariah Malaysia disampaikan oleh Ketua Pengarah Jakim kepada Exco Agama Negeri Perlis yang mengandungi pamplet, buku dan profil korporat Indeks Syariah Malaysia. 

IMG20160926123353

IMG 20160929 WA0009

IMG 20160929 WA0013

IMG 20160929 WA0010

IMG 20160929 WA0014

IMG 20160927 WA0000




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Jun 2017.
Jumlah Pelawat :11163112