Waktu Solat Putrajaya Subuh : 6:09 Syuruk : 7:24 Zohor : 13:29 Asar : 16:45 Maghrib : 19:29 Isyak : 20:38

15697561 224460778000915 2218616928879249208 n

Pada 19 Disember 2016, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan Buku Pelan Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia 2016-2018 di Kompleks Seri Perdana, semalam. Indeks Syariah Malaysia merupakan produk pelengkap tadbir urus Islam di negara ini melalui pengukuran tuntutan syarak yang lebih menyeluruh.

Sementara itu, YAB Perdana Menteri dalam ucaptama beliau berkata, bagi memastikan negara diurus tadbir dengan baik, ia mesti diasaskan kepada suatu matlamat dan mengikut lima (5) prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Menurutnya, prinsip tersebut akan menilai atau menentukan skor sejauh mana prestasi atau pencapaian negara dalam urus tadbir berdasarkan prinsip Maqasid Syariah itu. "Model tadbir urus Islam ini merupakan yang pertama di dunia berteraskan prinsip Maqasid Syariah.

"Pelan pelaksanaan ini akan melihat Indeks Syariah Malaysia sama ada perlukan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi memastikan pentadbiran negara yang berasaskan Maqasid Syariah dapat memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara," katanya pada Majlis Pelancaran Buku Pelan Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia 2016-2018.

YAB Perdana Menteri berkata, beliau yakin usaha itu akan membuahkan hasil dan Malaysia akan menjadi antara 20 negara terbaik dunia dalam konteks Maqasid Syariah yang diaplikasikan secara universal, bukan sekadar untuk masyarakat Islam di negara ini.

Tambahnya lagi, dengan pelaksanaan prinsip itu negara akan mendapat kerahmatan dan keredhaanNya dan menjadi sebuah negara yang berjaya. Di akhir majlis, YAB Perdana Menteri menyerahkan buku Pelan Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia 2016-2018 kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa selaku Ketua Perkhidmatan Awam Malaysia.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral YB Dato' Seri Jamil Khir Baharom (B) dan Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim; Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Dato’ Haji Othman Mustafa, Ketua-Ketua Setiusaha Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan, Para Penyelidik dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

c509a4ea219c1d899c9876309fdc6b26 XL

15578959 10154453867523884 1688655651799368975 n

15585360 1181797255236381 1650780512867154978 o

15540979 1181797435236363 7471303487496979466 o

15540617 1181797565236350 2182509642628815888 o

IMG 9928 551x368




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 26 Februari 2017.
Jumlah Pelawat :10263310