Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:43 Syuruk : 7:06 Zohor : 13:19 Asar : 16:44 Maghrib : 19:28 Isyak : 20:43

Mesyuarat JK Khas Kabinet ISM Sedang BerlangsungKetibaan YAB PM dan YB Menteri-menteriYAB PM Mempengerusikan Mesyuarat

"Pada 10 Februari 2017 lalu, genap 2 tahun Indeks Syariah dilaksanakan. Dalam tempoh 2 tahun ini saya melihat pelbagai inisiatif dan program telah dilaksanakan oleh JAKIM supaya warga perkhidmatan awam dan masyarakat keseluruhannya tanpa mengira agama dan bangsa memahami dengan jelas pelaksanaan Indeks Syariah ini. Saya cukup berbangga dengan usaha yang telah dilaksanakan dan pencapaian yang telah ditunjukkan”.

Petikan ucapan YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri semasa perutusan pengerusi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Indeks Syariah Malaysia Bil. 1/2017 di Parlimen. 

 

Pada 28 Mac 2016, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Indeks Syariah Malaysia yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri sendiri bagi memastikan pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia berimpak tinggi. Jawatankuasa ini berfungsi sebagai badan tertinggi dalam penentuan dasar dan hala tuju Indeks Syariah Malaysia, serta tindakan-tindakan penambahbaikan berasaskan Maqasid Syariah dalam urus tadbir negara.

 

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Indeks Syariah Malaysia Bil. 1/2017 telah diadakan pada 9 Mac 2017 bertempat di Bilik Jawatankuasa 2, Bangunan Utama, Parlimen Malaysia. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan YBhg. Tan Sri Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara selaku Setiausaha, bermula pada jam 9.30 pagi. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Sri Dr. Hj. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Senator Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Dr. Helmi bin Yahya, Timbalan Menteri Kesihatan, YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Hj. Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Mesyuarat ini juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Ketua Pengarah Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Jailani bin Ngah, Setiausaha Politik Perdana Menteri, YBhg. Dato’ Aidit bin Ghazali, YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Datuk Hj. Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, YBhg. Tuan Hj. Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan JAKIM dan beberapa ahli lain.

 

Antara agenda utama yang telah dibincangkan dalam mesyuarat kali ini ialah pembentangan laporan tindakan penambahbaikan berdasarkan dapatan penyelidikan Indeks Syariah Malaysia 2015 yang telah dilaksanakan oleh kementerian/agensi, laporan impak pelaksanaan pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia untuk tempoh 2 tahun, inisiatif ke arah mengantarabangsakan Indeks Syariah Malaysia dan status pelaksanaan penyelidikan Indeks Syariah Malaysia 2017.




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Jun 2017.
Jumlah Pelawat :11158179