Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:43 Syuruk : 7:06 Zohor : 13:18 Asar : 16:44 Maghrib : 19:27 Isyak : 20:43

Melaka, 18 Ogos 2016 (Khamis) bersamaan 15 Zulkaedah 1437H- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), melalui Institut Pemantapan Dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM) JAKIM, Jelebu telah berjaya mengadakan Seminar Sufi Menurut Pendekatan Wasatiyyah Peringkat Kebangsaan Kali ke 2 Tahun 2016 dengan kerjasama Jabatan Mufti Melaka, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) bertempat di Auditorium Masjid Al-Azim, Melaka.

Seminar ini dihadiri seramai 1000 orang peserta terdiri daripada Jabatan Mufti Negeri-negeri, Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Ahli Majis Fatwa Negeri-Negeri, Penjawat Awam, Guru-guru Takmir, Guru-guru Pendidikan Islam, Guru-guru Kafa, Imam-Imam masjid, NGO Islam, Tokoh-tokoh Tasawuf Malaysia, Pengamal Tarekat di Malaysia, Pegawai-pegawai JAKIM dan Orang awam.

Kertas kerja yang pertama telah dibentangkan oleh YBhg. Prof. Dato’ Zakaria bin Stapa dengan tajuk Sanad Tarekat: Sejauh Mana Sandarannya Kepada Amalan Para Sahabah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Kertas kerja yang kedua pula, dengan tajuk Hukum Mengambil Sesuatu Tarekat/Tasawuf: Antara Pro dan Kontra disampaikan oleh YBhg. Ustaz Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Pengarah Pusat pengurusan Penyelidikan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Manakala Ucaptama Seminar disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Abdullah bin Muhammad Zin, Penasihat Agama Kepada YAB. Perdana Menteri merangkap Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM). Pada sesi petang pula, diadakan Bicara Sufi yang bertajuk Amalan Bertarekat: Antara Kebenaran dan Kepalsuan. Ahli panel ialah YBhg Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan, manakala Panel yang Kedua YBhg. Ustaz Dr. Izhar Ariff bin Mohd Kashim, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Moderator Forum YBhg. Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah (Kanan) Bahagian Dakwah JAKIM.

YBhg. Dato’ Haji Ali bin Mohammed, Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM, yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM dalam teks ucapan aluannya menegaskan bahawa seminar sebegini merupakan satu kesungguhan dan komitmen yang tinggi kerajaan dalam memartabatkan Islam khususnya dalam mempertahankan Akidah umat Islam melalui pendekatan Wasatiyyah.

Perasmian Seminar telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Haji Yaakub bin Md. Amin, Timbalan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka. Beliau turut menegaskan bahawa program seumpama ini membuktikan komitmen pihak berkuasa agama negeri, khususnya negeri Melaka dalam usaha untuk memberi pemahaman dan kesedaran kepada masyarakat berkaitan isu-isu tarekat dan tasawuf.

SFK01

 Sidang Media oleh YBhg. Tan Sri Dr. Abdullah bin Muhammad Zin, Penasihat Agama Kepada Y.A.B. Perdana Menteri merangkap Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia

SF02

Ucapan perasmian oleh YBhg. Datuk Wira Haji Yaakub bin Md. Amin, Timbalan Majlis Agama Islam Melaka yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka

SF03

 YBhg. Dato' Haji Ali bin Mohammed, Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM sedang memberi ucapan aluan dalam seminar tersebut

SF04

Para tetamu yang hadir ketika seminar diadakan

SF05

SFK06

YBhg. Ustaz Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah sedang membentangkan kertas kerja yang kedua

SFK07

Bicara seminar sufi antara panelnya ialah YBhg. S.S. Datuk Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg. Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli (JAKIM) sebagai moderator  dan YBhg. Ustaz Dr. Izhar Ariff bin Mohd Kashim (UKM)

SFK08

Sebahagian daripada barisan jemputan yang hadir dalam seminar tersebut.

SFK09

 

 

Rujukan Bahan Seminar Sufi Kebangsaan :

1-Pengamalan Tasawuf dan Tarekat Melalui Pendekatan Wasatiyyah

2-Sanad Tarekat:Sejauh Mana Sandarannya Kepada Amalan Para Sahabat

3-Portal IPHAM-http://ipham.islam.gov.my




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Jun 2017.
Jumlah Pelawat :11150320