Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 13:00 Asar : 16:19 Maghrib : 18:59 Isyak : 20:10

 

Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW telah memberi satu khutbah yang belum pernah aku mendengar khutbah sepertinya sebelum ini, Nabi SAW bersabda, “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.” Katanya (yakni Anas) : lalu para sahabat Rasulullah menutup muka mereka  dan menangis teresak-esak.

 

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 
Huraian Hadith :
 
  1. Banyak menangis kerana ingat kepada Allah SWT adalah digalakkan bagi setiap orang Islam.
  2. Adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam supaya ingat-mengingati antara satu sama lain untuk hidup sebagai hamba yang diredhai Allah SWT.
  3. Umat Islam digalakkan supaya sentiasa mendengar cerita-cerita yang boleh menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
  4. Hadith ini menunjukkan bahawa para sahabat mudah terkesan dengan nasihat dan mudah menangis kerana takut kepada Allah SWT, seterusnya kita digalakkan mencontohi para sahabat.

 

Sumber :  Kitab Riyadhus Salihin



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Oktober 2017.
Jumlah Pelawat :12080178