Waktu Solat Putrajaya Subuh : 6:00 Syuruk : 7:15 Zohor : 13:22 Asar : 16:25 Maghrib : 19:25 Isyak : 20:34

Daripada Amru bin al-‘As RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Perbezaan di antara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (yahudi dan nasrani) itu ialah dengan makan sahur”.

(Hadith Riwayat Muslim)

 

Huraian Hadith :

  1. Ibadah puasa yang telah diwajibkan ke atas umat Islam sama juga dengan puasa yang telah pun diwajibkan kepada ahli kitab (yahudi dan nasrani). Tetapi terdapat beberapa perbezaan di antaranya ialah :
    1. Umat Islam diwajibkan berpuasa setahun sekali iaitu pada bulan Ramadhan.
    2. Disunatkan bagi orang Islam yang hendak berpuasa makan sahur sebelum masuk waktu subuh dan lain-lain lagi.
  2. Umat Islam yang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah akan mendapat ganjaran pahala yang melimpah-limpah di akhirat dan beroleh berbagai-bagai pertolongan di dunia lagi.

 

Sumber :

Kitab Riyadhus Salihin

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Mac 2017.
Jumlah Pelawat :10463012