Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:42 Syuruk : 7:05 Zohor : 13:18 Asar : 16:44 Maghrib : 19:27 Isyak : 20:43

Daripada Abu Said al-Khudri RA daripada Rasulullah SAW sabdanya, “Syurga dan Neraka berbantahan. Neraka berkata, “Didalamku adalah orang-orang yang gagah dan orang yang sombong.” Syurga pula berkata, “Didalamku adalah orang yang lemah dan golongan miskin.” Maka Allah memberi keputusan di antara keduanya, dengan firman-Nya “Sesungguhnya engkau syurga rahmat-Ku, dengan engkaulah aku memberi rahmat kepada sesiapa sahaja yang aku kehendaki, dan sesungguhnya engkau neraka adalah sebagai azabku yang dengan kamulah aku menyeksa sesiapa sahaja yang aku kehendaki. Bagi kedua kamu akan Aku penuhkan isinya.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith :

  1. Hadith ini memberi peringatan dan amaran terhadap orang yang takbur. Dan Allah akan memilih di kalangan manusia yang akan memenuhi syurga-Nya dan neraka-Nya.
  2. Syurga adalah tempat orang-orang yang hidup mereka sentiasa pemurah dan orang-orang yang beriman sekalipun miskin dan kurang berupaya.
  3. Neraka adalah tempat orang-orang yang mencari kekayaan dengan merasa tenaga orang lain dan bersikap sombong kepada Allah dan manusia.
  4. Kekayaan yang diperolehi dengan cara yang baik adalah dituntut oleh Islam dan dikehendaki menggunakannya dengan cara yang baik.

Sumber :

Kitab Riyadhus Salihin




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Jun 2017.
Jumlah Pelawat :11144854