Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:47 Syuruk : 7:04 Zohor : 13:14 Asar : 16:29 Maghrib : 19:20 Isyak : 20:31

 

Daripada Aishah RA katanya, “Rasulullah SAW tidak pernah memukul sesuatu dengan tangannya sama ada isteri atau khadam melainkan dia berjuang pada jalan Allah SWT, Baginda juga tidak pernah menuntut bela kerana sesuatu yang menyakiti dirinya terhadap yang melakukannya. Melainkan jika perbuatan itu melanggar perkara yang diharamkan oleh Allah SWT. Baginda akan menuntut bela kerana Allah SWT.”

(Hadith Riwayat Muslim)

 

Huraian Hadith :

 

  1. Rasulullah SAW tidak pernah menggunakan kekerasan terhadap sesiapa sahaja khasnya terhadap golongan yang lemah seperti wanita dan khadam.
  2. Baginda SAW tidak pernah menuntut bela terhadap apa-apa kejadian ke atas dirinya, melainkan segala pembelaan itu adalah kerana Allah SWT sahaja.
  3. Umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati di dalam tindakan terhadap sesuatu kecuali di dalam menegakkan agama Allah SWT.
  4. Melalui hadith ini beberapa pengajaran hendaklah di ambil dan di amalkan oleh seseorang di antaranya ialah belas kasihan, berhati-hati, bertimbang-rasa, bersatu-padu dan peka terhadap soal keagamaan.

 

Sumber :

 Kitab Riyadhus Salihin 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 April 2017.
Jumlah Pelawat :10708969