Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:53 Syuruk : 7:10 Zohor : 13:20 Asar : 16:35 Maghrib : 19:26 Isyak : 20:37

Jakim melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah mengadakan Konvensyen Kepimpinan Masyarakat Islam Johor 2017 di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru, Johor Darul Takzim pada 27 Julai 2017. Konvensyen ini turut dianjurkan bersama agensi-agensi kerajaan lain seperti Pejabat YAB Menteri Besar Johor, Setiausaha kerajaan Negeri Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia Negeri Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Pejabat Pelajaran Negeri Johor, Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Majlis Dakwah Negara, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Konvensyen ini pada umumnya bertujuan memberi kefahaman dan penghayatan Islam serta perkongsian idea dalam isu-isu semasa berkaitan Islam yang berlaku di Malaysia yang menjurus kepada isu akidah, syariah dan akhlak. Ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan penekanan kepada pemimpin masyarakat bahawa pengukuhan pemahaman fiqh Jihad dan mendedahkan cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi oleh umat Islam dalam suasana semasa.

Konvensyen ini telah dihadiri oleh seramai 1500 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Kampung, Penghulu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Guru-guru Besar dan Pengetua seluruh negeri Johor.

Pengisian konvensyen ini berbentuk ceramah berkenaan isu-isu semasa yang merangkumi tiga slot utama iaitu:

  • Tajuk 1: “Jihad dan Keperluan Masa Kini dari Perspektif Fiqh Kontemporari”, oleh: Prof. Dr. Badlihisham bin Mohd Nasir, Professor, Fakulti Tamadun Islam, UTM Skudai, Johor
  • Tajuk 2: “Perpaduan Asas Keamanan Negara”, Oleh:  Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail, Pensyarah Kanan, Jabatan Siasah Syar’iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya merangkap Ahli Panel Majlis Dakwah Negara (MDN).
  • Tajuk 3: “Isu-Isu Keselamatan di Malaysia”, oleh: YDH DCP Dato’ Awaludin bin Jadid, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial, Cawangan Khas, PDRM Bukit Aman  

Acara kemuncak konvensyen ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Negeri Johor Darul Ta’zim yang diwakili oleh YB Tuan Haji Abd. Mutalip Bin Abd. Rahim, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jakim dan Tuan Haji Buranuddin bin Haji Tibek, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Negeri Johor serta ketua-ketua jabatan dan wakil agensi kerjasama program ini. Dalam ucapan perasmian penutupan konvensyen YAB Menteri Besar Johor menyatakan:

“Pemimpin masyarakat Negeri Johor yang terdiri daripada Penghulu, Ketua Kampung, Pengerusi JKKK dan Para Guru Besar serta Pengetua sekolah memainkan peranan penting dalam menyampaikan informasi terkini kepada masyarakat. Tugas mendidik dan menyampaikan ilmu kepada masyarakat memerlukan semangat yang jitu tanpa mengenal erti putus asa.

Sesungguhnya pengorbanan dan sumbangan para pemimpin dan pendidik tidak dapat dibalas dengan apa jua sekalipun. Program ini juga adalah berbentuk serampang dua mata iaitu menjadi medan pertemuan Pemimpin Masyarakat Islam dan guru-guru Negeri Johor serta juga bertujuan memberi input berkaitan isu-isu semasa yang menyentuh perihal keselamatan negara dan agama Islam yang berlaku di negara kita.  Program ini juga beriltizam menjadikan pemimpin masyarakat dan guru-guru sebagai barisan utama kepada pihak kerajaan dalam menyampaikan sebarang maklumat dan isu terkini terutama yang berkaitan dengan ancaman keselamatan dan hal ehwal agama Islam.”

Jakim mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua agensi NBOS yang terlibat dalam konvensyen ini.
 
konvensyen masyarakat johor 2017 01
 
konvensyen masyarakat johor 2017 02
 
konvensyen masyarakat johor 2017 03
 
konvensyen masyarakat johor 2017 04
 
konvensyen masyarakat johor 2017 07
 
konvensyen masyarakat johor 2017 05
 
konvensyen masyarakat johor 2017 06
 
konvensyen masyarakat johor 2017 08
 
konvensyen masyarakat johor 2017 09
 
konvensyen masyarakat johor 2017 10
 
konvensyen masyarakat johor 2017 11
 
konvensyen masyarakat johor 2017 12
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 18 August 2017.
Jumlah Pelawat :11519886