Waktu Solat Putrajaya Subuh : 6:09 Syuruk : 7:24 Zohor : 13:29 Asar : 16:45 Maghrib : 19:29 Isyak : 20:38

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".........

Begitulah ungkapan yang boleh digambarkan dengan kesukaran yang mereka alami. Berkat kesabaran dan cara hidup yang saling berkongsi rasa susah dan senang, mereka tabah dalam mengharungi hidup dengan suasana hidup yang sederhana.

Pentetan daripada itu, pada 21 Disember 2016, Jakim melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama padu daripada Jakim Cawangan Sabah, tampil menyantuni masyarakat di Kepulauan Bum Bum. Kehadiran kami untuk bertanyakan khabar sedikit sebanyak dapat melegakan keresahan hati.

Jakim dalam kunjungan tersebut telah menyampaikan bantuan wang ringgit dan bahan keperluan harian berupa makanan kepada keluarga yang terlibat dalam tragedi kebakaran yang memusnahkan kediaman mereka pada 11 November 2016 yang lalu.

Dalam kejadian tersebut kebakaran telah memusnahkan 16 buah rumah yang melibatkan 27 bilangan ketua keluarga yang menginap di perumahan atas air.

Program Kembara Dakwah Ziarah Mahabbah ini dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pegawai Daerah Semporna Dr Haji Chacho bin Haji Bulah, Pengarah Jakim Cawangan Sabah Tuan Haji Mat Radzi bin Mat Ali, Ketua Penolong Pengarah Kanan bahagian dakwah Tuan Haji Ruslan bin Said.

Majlis tersebut dimulai dengan pendaftaran mangsa yang terlibat di perkarangan dewan. Ucapan aluan disampaikan oleh Pegawai Daerah dan perasmian program tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim. Pegawai dan urus setia yang hadir berkesempatan melihat tapak rumah yang terlibat dalam tragedi kebakaran tersebut.

Pulau Bum-Bum antara pulau yang didiami masyarakat Bajau yang rata-ratanya penduduknya berumah di atas air. Semoga dengan kehadiran bertanyakan khabar dan sumbangan yang diberikan ini mampu mengukir sedikit senyuman buat warga di pulau ini dan meningkatkan hubungan ukhuwah dengan masyarakat setempat.

ziarah pulau bumbum 1

ziarah pulau bumbum 2

ziarah pulau bumbum 3

ziarah pulau bumbum 4

ziarah pulau bumbum 5

ziarah pulau bumbum 6

ziarah pulau bumbum 7

ziarah pulau bumbum 8

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 26 February 2017.
Jumlah Pelawat :10263308