Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 13:00 Asar : 16:19 Maghrib : 19:00 Isyak : 20:10

Karnival i-Media Baharu Kedah 2017 telah diadakan pada 4 hingga 6 Mei 2017 bertempat Dataran Guar Chempedak Yan Kedah.

Karnival i-Media Baharu Kedah 2017 bertemakan “Tabayyun Dahulu: Klik Dengan Bijak” telah dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Jerai. Jakim melalui Bahagian Dakwah sebagai penganjur program ini meneruskan peranan Jakim dalam memperkasakan agenda dakwah ke arah pembentukan khaira ummah melalui usaha menjalinkan penyelarasan dan rangkaian dakwah bersama agensi-agensi lain.

Melalui program santai ini, ia dapat mendekati masyarakat melalui konsep turun padang, mendedahkan kepada masyarakat trend penggunaan media baharu implikasi dan bahayanya kepada masyarakat. Karnival yang dijalankan selama 3 hari 2 malam mendapat sambutan yang hebat dari masyarakat Guar Chempedak dan daerah Yan amnya. Bermula program Simposium Dakwah Media Baharu, Forum Perdana Ehwal Islam, Program Komuniti, Nahmu Ma’akum,  Gotong-royong Kampung, Ceramah Motivasi, Pertandingan Futsal, Gema Selawat/Malam Kesenian Islam, Himpunan Belia Islam Kedah 2017, Pertandingan Memasak serta pameran dari agensi-agensi kerajaan dan Kelab Motosikal berkuasa tinggi.

Karnival ini juga menampilkan tetamu tetamu yang hebat dalam mengisi program program yang dirancang seperti  SS Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg Datuk Ustaz Kazim Elias, Prof. Madya Dr Sharifah Haayati, PU Akram, Kumpulan Nasyid In-Team dan ramai lagi.
 
karnival i media baharu2017 simposium8
 
karnival i media baharu2017 simposium7 
 Simposium Dakwah Media Baharu.
 
karnival i media baharu2017 futsal9
 
karnival i media baharu2017 futsal10
 Futsal Piala YB Menteri.
 
karnival i media baharu2017 memasak11
Johan Pertandingan Memasak.
 
karnival i media baharu2017 gemaselawat1
 
karnival i media baharu2017 gemaselawat12 
 Gema Selawat dan Malam Kesenian Islam.
 
karnival i media baharu2017 himpunanbelia1
 
karnival i media baharu2017 himpunanbelia3
 
karnival i media baharu2017 himpunanblia2
Himpunan Belia Islam Kedah 2017.
 
karnival i media baharu2017 perasmian5
 
 karnival i media baharu2017 forum perdana3
Forum Perdana Ehwal Islam.
 
 karnival i media baharu2017 perasmian4
 
 karnival i media baharu2017 perasmian2
 Perasmian Karnival oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
 
karnival i media baharu2017 pemenangposter6
 Pemenang Utama Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik dengan Bijak.
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 23 October 2017.
Jumlah Pelawat :12077034