Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 13:00 Asar : 16:19 Maghrib : 19:00 Isyak : 20:10

d undang2 2

Bangi,26 Julai 2017 – Kluster Pembangunan Keluarga dan Undang-Undang, ILIM telah menganjurkan Seminar Diskusi Undang-Undang bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir pada 26 Julai 2017.  Diskusi ini telah dihadiri lebih dari 90 orang peserta yang bertugas sebagai Pendakwa Syarie dan Penguatkuasa Agama dari pelbagai Agensi dan Jabatan Kerajaan.

Objektif diskusi ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman berkaitan undang-undang penerbitan kandungan media berunsur Islam di alam siber.  Ianya juga bertujuan membincangkan penyelesaian isu-isu pematuhan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan secara bersama dan menyelaras tugas-tugas pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang tersebut bagi mengelakkan pertindihan dan dapat berkongsi maklumat penguatkuasaan di kalangan agensi penguatkuasaan ke arah mencapai matlamat pematuhan dan penguatkuasaan undang-undang secara menyeluruh.

Diskusi ini memaparkan pembentangan kertas kerja oleh Encik Zulkarnain bin Mohd Yasin, Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjudul “Pematuhan dan Penguatkuasaan Undang-Undang Penerbitan Kandungan Media Berunsur Islam di Alam Siber”.

Majlis penangguhan diskusi ini telah disempurnakan oleh  YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM. Hadir bersama Puan Hajah Zaiton binti Abd Rahman, Pengarah ILIM, Tuan Haji Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang,(BPUU) JAKIM dan Encik Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Pengarah, Jabatan Pengurusan Media Rangkaian, SKMM.

Adalah diharapkan agar diskusi ini menjadi medan ke arah mencapai matlamat pematuhan dan keseragaman tindakan dalam penguatkuasaan undang-undang secara menyeluruh.

d undang2 3

d undang2 1

d undang2 4

d undang2 5

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 23 October 2017.
Jumlah Pelawat :12077037