Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:52 Syuruk : 7:09 Zohor : 13:19 Asar : 16:31 Maghrib : 19:24 Isyak : 20:34

  

Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah mengadakan Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2017 pada 22 April 2017 bertempat di Dewan Millenium Kepala Batas Pulau Pinang.Program ini telah dihadiri seramai 1,200 orang peserta yang terdiri daripada imam, bilal, pegawai dan jawatankuasa masjid dan surau, guru-guru takmir serta guru-guru KAFA di Pulau Pinang.

 

Di dalam program tersebut, para peserta telah mendengar sesi ceramah yang menarik yang telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Termizi bin Abdul Razak, Murabbi Program Pencetus Ummah mengenai Perpaduan: Persamaan dan Merapatkan Jurang Perbezaan Di Dalam Masyarakat.

 

Antara tetamu kenamaan yang hadir adalahTuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, YB. Dato' Abdul Malik Bin Abul Kassim, EXCO Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna yang mewakili Kerajaan Negeri, YBhg. Datuk Seri Haji Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Tan Sri Dato Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM mewakili YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Dato' Haji Sazali Bin Haji Hussein, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

 

Majlis dimulai dengan bacaan doa telah disampaikan oleh Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor, Mufti Kerajaan Pulau Pinang.  Seterusnya, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YB. Dato' Abdul Malik Bin Abul Kassim, EXCO Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna yang mewakili Kerajaan Negeri dan diikuti oleh YBhg. Datuk Seri Haji Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang. Seterusnya ucapan YBhg. Tan Sri Dato Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM mewakili YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kemuncaknya adalah pelancaran pengisytiharan majlis oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

 

Bersempena program ini juga, sebanyak dua replika cek telah disampaikan iaitu Peruntukan Kerajaan Persekutuan Bagi Bayaran Imbuhan Imam, Elaun Guru KAFA dan Guru Takmir Pulau Pinang Tahun 2017 berjumlah RM25,278,120.00 dan Bayaran One-Off Imbuhan Kepada Bilal dan Siak Masjid Bagi Pulau Pinang sebanyak RM372,500.00. Penyerahan kedua-dua replika cek ini diserahkan oleh YBhg. Tan Sri Dato Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah kepada Dato' Haji Sazali Bin Haji Hussein, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan disaksikan oleh semua tetamu kenamaan. 

 
 
Penyerahan replika cek
 
 
penyerahan replika cek 1
 
 
lafaz pengisytiharan
 
 
peserta



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 22 August 2017.
Jumlah Pelawat :11564639