Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:52 Syuruk : 7:09 Zohor : 13:19 Asar : 16:31 Maghrib : 19:24 Isyak : 20:34

Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Demi tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, kamu tidak akan masuk Syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dikatakan beriman dengan sempurna sehinggalah kamu berkasih sayang. Sukakah kamu jika aku tunjukkan sesuatu apabila kamu melakukannya nescaya kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah ucapan salam di kalangan kamu.”

(Riwayat Muslim)

 
Huraian Hadith :
  1. Beriman kepada Allah SWT adalah syarat utama untuk masuk Syurga.
  2. Sifat berkasih sayang sesama manusia boleh menyempurnakan keimanan seseorang.
  3. Ucapan salam merupakan langkah pertama ke arah mewujudkan perasaan kasih sayang sesama umat Islam.
  4. Islam menggalakan umatnya supaya sentiasa mengamalkan ucapan salam bagi memperingatkan lagi hubungan silaturahim antara sesama umat Islam.
  5. Memberi salam adalah sunat manakala menjawab salam adalah wajib.

 

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 22 August 2017.
Jumlah Pelawat :11564663