Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:48 Syuruk : 7:02 Zohor : 13:09 Asar : 16:14 Maghrib : 19:12 Isyak : 20:20

 jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

PROGRAM WORLD #QURAN HOUR
DI MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, PUTRAJAYA
_______________________________________________________
 
1. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya salah sebuah Masjid Utama di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan menganjurkan buat kali yang ke-2 program WORLD #Quran Hour pada 31 Ogos 2017 bermula pada jam 11.00 pagi.

2. Penganjuran program World #Quran Hour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ini adalah sebagai menyokong program WORLD #Quran Hour dan MERDEKA #QuranHour yang akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2017.

3. Jakim selaku Penaung program WORLD #Quran Hour dan MERDEKA #QuranHour sukacita menyokong penganjuran program ini. Jakim juga berbesar hati kerana Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah dipilih sebagai Lokasi Perdana Malaysia #QuranHour.

4. Program WORLD #Quran Hour ini adalah bertujuan memberi galakan kepada umat Islam agar sentiasa membaca al-Quran seterusnya memahami dan mengamalkannya sebagai panduan kehidupan.

5. Pada majlis kali ini, dalam ruang yang terhad, urusetia telah bersetuju untuk memilih Surah Yaasin untuk dibaca serta ditadabbur bersama maknanya. Semoga usaha ini akan mempertingkatkan kefahaman umat Islam dalam memahami serta menekuninya. Surah ini merupakan salah satu surah dalam Al-Quran yang sering dibaca umat Islam di Malaysia, maka tadabbur makna Surah Yaasin diharapkan dapat mempertingkatkan lagi kefahaman umat Islam ketika membaca surah ini.    
         
6. Selain itu, penganjuran pada kali ini juga lebih menarik kerana ianya menggabungkan program bersama sempena bulan Ogos sebagai Bulan Kemerdekaan. Kemeriahan kemerdekaan diserikan dengan penganjuran WORLD #Quran Hour dan MERDEKA #QuranHour yang sekaligus menjadi suntikan semangat keIslaman dan patriotik di dalam sanubari masyarakat.

7. Oleh yang demikian, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin mengadakan program Semarak Arafah yang dimulai dengan Qiamullail hingga majlis berbuka puasa sunat Arafah bagi memberi peluang kepada masyarakat turut sama melaksanakan ibadah bagi yang tidak berpeluang menunaikan ibadah Haji.

8. Saya berharap agar program ini berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Saya juga menyeru kepada pihak penganjur agar dapat memastikan pengisian dalam program ini sentiasa selari dengan tuntutan Syariah. Segala jasabaik dan kerjasama media amat dihargai bagi menyampaikan maklumat kepada seluruh masyarakat berkaitan dengan penganjuran program ini.

Sekian.

TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kompleks Islam Putrajaya
28 Ogos 2017
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 19 September 2017.
Jumlah Pelawat :11832114