Waktu Solat Putrajaya Subuh : 6:07 Syuruk : 7:25 Zohor : 13:28 Asar : 16:50 Maghrib : 19:25 Isyak : 20:38

ILIM SEPINTAS LALU
 
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) merupakan institut yang bertanggungjawab menyediakan kursus, seminar dan latihan kepada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dari agensi agama Islam seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun, tawaran juga dibuka kepada pegawai dan kakitangan dari pelbagai jabatan kerajaan yang berminat.
 
ILIM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM yang ditubuhkan pada 1997 telah menjalani fasa 1 dan fasa 2 dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung di atas keluasan tanah 31 ekar di Bangi , Selangor. ILIM mempunyai seramai 116 pegawai dan kakitangan. ILIM telah beroperasi dengan kekuatan 7 pusat utama dan masing-masing menganjurkan kursus, seminar, muhadharah serta latihan menarik yang disertai oleh para peserta dari Malaysia dan dari luar Negara.
 
Selaras visi untuk menjadi peneraju latihan Islam bertaraf global, ILIM telah mengadakan pelbagai program antarabangsa dan di peringkat serantau seperti Kursus Profesionalisme Imam Negara Maldives dan Kursus Profesionalisme Imam Negara Serantau yang diadakan setiap tahun.
 
Sejajar dengan pertambahan pelawat dan peserta kursus, ILIM telah mengamalkan Amalan Persekitaran Berkualiti dan telah mendapat Anugerah Amalan Persekitaran Berkualiti oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia pada tahun 2009.
 
Mulai tahun 2010, ILIM menyediakan kursus di peringkat diploma dan sijil tinggi iaitu Diploma Pengurusan Islam dan Sijil Tinggi Sains Dakwah.
 
Selaras dengan permintaan dan keperluan semasa yang kian meningkat dari dalam dan luar negara, satu cawangan baru telah dibuka iaitu ILIM Wilayah Timur yang bertempat di Besut,Terengganu. ILIM Wilayah Timur mula beroperasi pada 16 Februari 2010 bagi menampung keperluan kursus untuk masyarakat di Pantai Timur, Malaysia.
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 19 Januari 2017.
Jumlah Pelawat :10019026