Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 13:00 Asar : 16:19 Maghrib : 18:59 Isyak : 20:10

 
 
MWPKL 1   MWPKL 2
 
Pembinaan Masjid Wilayah ini direalisasikan pada 25 Syawal 1416 Hijri bersamaan 15 Mac 1996 Masihi dan siap dibina pada 30 Ogos2000 Masihi. Upacara serah milik kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) pada September 2000 Masihi.Tapak binaannyaberkeluasan kira-kira 13.4 hektar, iaitu di atas tapak bekas mahkamah dan pejabat kerajaan. Cadangan pembangunan Masjid Wilayahini diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri keempat. Ia merupakan projek Jabatan Agama Islam WilayahPersekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dan diiktiraf berstatus Masjid Negeri.
 
Masjid Wilayah Persekutuan terletak di sebuah kawasan berbukit Jalan Duta, berhampiran susur masuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajudin Ibni Almarhum Tuanku Syed PutraJamalulail pada 18 Februari 2005 Masjid ini dinamakan Masjid Wilayah Persekutuan adalah sebuah masjid berkonsepkan 'masjiddalam taman' telah pun dibina.Ia menggunakan konsep tradisi masjid-masjid Othmaniah di Turki,Rekabentuk senibina dan hiasandalamanya pula adalah merupakan kombinasi rekabentuk tradisi Melayu Malaysia dan Timur Tengah.Ianya terletak berhampiran denganKompleks Kerajaan, Jalan Duta dan kini merupakan satu lagi mercu tanda di ibu negara.Masjid ini boleh menmpung seramai 17,000 orang jemaah pada satu-satu masa.Keluasan keseluruhan bangunan adalah kira-kira 47,000 meter persegi.Dilengkapi dengan pelbagaikemudahan,masjid ini merupakan masjid yang termoden di Malaysia pada masa kini.
 
 
MOTO
Memasjidkan Masyarakat Dan Memasyarakatkan Masjid
 

LOGO
 
MWPKL
RASIONAL LOGO MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Rekabentuk logo dihasilkan bagi menggambarkan identiti dan imej korporat Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta memberi gambaran mengenai peranan, fungsi dan tanggungjawabnya.
Beberapa elemen diterapkan dalam penghasilan logo. Elemen utama adalah silhouette bentuk masjid wilayah yanag digambarkan secara kontras. Ia secara jelas memaparkan keindahan rupa masjid yang tersergam indah dan cukup dikenali masyarakat umum. Imej ini juga melambangkan peranan dan tanggungjawab dalam memastikan kesucian masjid sentiasa dipelihara dari segi kebersihan, keindahan bangunan, landskap dan sebagainya.
Elemen seterusnya ialah dua jalur berwarna merah di bahagian bawah iaitu simpilkasi imej kitab suci Al-Quran yang menjadi teras dan pegangan hidup umat islam. Imej ini mencermikan peranan pihak Masjid Wilayah yang aktif dan progresif dalam program dan aktiviti dakwah yang dapat mengimarahkan masjid serta mengembangkan syiar islam. Ia juga menjelaskan lagi peranan masjid ini sebagai sebuah pusat pengembangan ilmu.
Imej bulatan sebagai latar belakang membawa maksud sifat muafakat dan kerjasama dalam memelihara dan mengimarahkan masjid. Ia juga menggambarkan peranan masjid ini bukan setakat untuk beribadat, tetapi sebagai sebuah institusi yang berupaya menyatupadukan umat islam.
Tiga warna dipadankan dalam ciptaan logo. Selain sebagai satu gabungan warna rasmin bendera Wilayah Persekutuan, Merah melambangkan kekuatan dan semangat berterusan, iaitu dalam konteks menjalankan program dakwah dan mengembangkan syiar islam. Biru mencerminkan sifat muafakat, perpaduan dan kerjasama. Manakala warna kuning membawa maksud sifat dinamik dan progresif dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab.
 
 
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Kami berjanji akan berusaha untuk menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai sebuah institusi yang unggul dalam segenap aspek mematuhi undang-undang dan arahan-arahan berkaitan dengan kewangan, pentadbiran dan integriti seperti berikut:
  1. Menyediakan tempat ibadah yang selesa dari aspek kebersihan dan keselamatan untuk para jemaah.
  2. Merancang dan menyediakan program peningkatan ilmu dan pengimarahan Masjid seperti Kelas Pengajian, Forum, Ceramah, Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam dan urusan rasmi negara.
  3. Meningkatkan mutu pentadbiran dan sumber kewangan yang diperolehi melalui sumbangan orang ramai dan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Masjid.
  4. Menyediakan kemudahan perpustakaan yang selesa dan kondusif untuk kemudahan rujukan orang awam dalam menambahkan ilmu pengetahuan dan membuat kajiselidik.
  5. Menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan sebagai pusat silaturrahim dan menerima kehadiran para jemaah dan para pelawat dengan mesra.
  6. Memastikan azan akan berkumandang setiap kali masuk waktu solat dan memastikan Imam dan Bilal sentiasa bersedia untuk menunaikan solat solat berjemaah serta berusaha menarik minat para jemaah untuk bersolat di masjid.
  7. Mewujudkan hubungan dua hala dengan mana-mana badan kerajaan, swasta dan NGO dalam melaksanakan program-program secara kerjasama bersama
  8. Menyediakan pakej perkhidmatan pengurusan jenazah yang cekap bagi mengendalikan kes-kes kematian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di luar kawasan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
  9. Menyediakan kemudahan kelas pengajian dan pendidikan agama yang berkualiti di peringkat asas dan rendah kepada kanak-kanak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan wujudnya Tadika Islam dan Sekolah Rendah Agama.
  10. Menyediakan perkhidmatan Jurunikah dan kemudahan Dewan Pernikahan kepada penduduk Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan luar kawasan dengan syarat-syarat tertentu.
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Oktober 2017.
Jumlah Pelawat :12080175