Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:53 Syuruk : 7:10 Zohor : 13:20 Asar : 16:35 Maghrib : 19:26 Isyak : 20:37

 jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

ISU ANAK TIDAK SAH TARAF
____________________________________________

Merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini berhubung dengan isu Anak Tidak Sah Taraf, Jabatan ini mempunyai pendirian yang sama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  iaitu penasaban Anak Tidak Sah Taraf orang Islam diteruskan seperti sedia ada sehinggalah keputusan Mahkamah Persekutuan diperolehi.

Justeru, Jakim menasihati umat Islam di negara ini supaya bertenang dan semoga usaha pihak JPN melalui Jabatan Peguam Negara untuk memfailkan rayuan terhadap kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan akan berjalan lancar.

Sekian


TAN SRI DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah Jakim
29 Julai 2017
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 18 Ogos 2017.
Jumlah Pelawat :11519862