Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:58 Syuruk : 7:12 Zohor : 13:20 Asar : 16:21 Maghrib : 19:24 Isyak : 20:33

Jakim logo white small
 
PERUTUSAN
KETUA PENGARAH JAKIM
BERSEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 1436H
 
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang memberikan peluang dan kesempatan untuk sama-sama kita menyambut kehadiran bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Tanggal 1 Ramadhan 1436H umat Islam di negara ini akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh penghayatan dan keinsafan terhadap kebesaran dan keagungan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”.

Umat Islam di seluruh negara akan menunaikan ibadah puasa di sepanjang bulan yang mulia ini. Malahan tumpuan juga diberikan kepada ibadah-ibadah lain yang disyariatkan khusus dalam bulan Ramadhan seperti menunaikan solat tarawikh, bersahur, beriktikaf di sepuluh malam terakhir Ramadhan dan membayar zakat fitrah. Di samping itu, lailatul qadar adalah merupakan impian umat Islam di bulan Ramadhan yang mulia ini. Allah SWT telah menjanjikan bahawa sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dan menepati malam lailatul qadar, maka mereka akan diberi ganjaran pahala melebihi ibadah yang dilakukan selama 1,000 bulan. Peluang keemasan pemberian Allah SWT ini bukan sahaja menjadi rebutan umat Islam di negara ini malahan juga umat Islam di seluruh dunia.

Justeru itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H kepada semua muslimin dan muslimat. Sesungguhnya, bulan Ramadhan yang dilalui dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan akan mampu melahirkan mukmin yang bertaqwa kepada Allah SWT.
 


Dato’ Haji Othman bin Mustapha
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 31 Mac 2017.
Jumlah Pelawat :10507941