Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:47 Syuruk : 7:04 Zohor : 13:14 Asar : 16:29 Maghrib : 19:20 Isyak : 20:31

jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
 
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
 
KENYATAAN MEDIA OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA MENGENAI PENGESANAN DNA PORCINE DALAM COKLAT SUSU DENGAN KACANG HAZEL-CADBURY DAIRY MILK
 
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengambil maklum akan Kenyataan Media YBhg Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah; Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 24 Mei 2014 berkaitan dengan pengesanan DNA Porcine dalam dua sampel coklat Cadbury; Coklat susu dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1.
 
Berikutan kenyataan tersebut, Jakim telah menggantung sijil pengesahan halal bagi kedua-dua produk berkenaan berkuatkuasa SERTA MERTA. Dalam masa yang sama, siasatan lanjut akan dibuat untuk mengenalpasti punca pencemaran tersebut.
 
Jakim ingin menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard  Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Selepas sijil pengesahan halal Malaysia dikeluarkan, pemegang sijil adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala Jakim. Dalam hal ini, pemeriksaan secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan telah dibuat dan pemeriksaan terakhir adalah pada 20 Februari 2014 dan didapati mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.
 
Kepada para pengguna yang selama ini menggunakan  mana-mana produk yang mempunyai logo halal Malaysia tidak perlu bimbang kerana pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat pensijilan, pihak Jakim akan menggantung atau menarik balik sijil pengesahan halal dengan serta merta.
 
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
‘Saya Yang Menurut Perintah’
 
DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
24 MEI 2014
 
 
Lampiran :
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 April 2017.
Jumlah Pelawat :10708916