Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:42 Syuruk : 7:05 Zohor : 13:18 Asar : 16:44 Maghrib : 19:27 Isyak : 20:43

jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
 
MENTERI
DI JABATAN PERDANA MENTERI
BERKENAAN
 
SOLAT JENAZAH BAGI MANGSA PESAWAT MUSLIM MH17 YANG DIJADUALKAN PULANG PADA 22 OGOS 2014
 
 
1.        Adalah dimaklumkan bahawa pasukan pengurus jenazah Muslim bagi rakyat Malaysia yang terdiri daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan KAGAT telah selamat memandikan dan mengkafankan serta menyembahyangkan (solat jenazah) seramai 11 orang jenazah Muslim di Amsterdam.
 
2.        Sehubungan yang sama, setibanya jenazah di Malaysia yang diberikan penghormatan negara, kita akan mengadakan solat jenazah hadir dan solat jenazah ghaib secara serentak di seluruh negara selepas solat Jumaat, 22 Ogos 2014. Solat jenazah hadir khusus bagi masjid yang menerima jenazah untuk tujuan disolatkan pada waktu ketibaan jenazah di destinasi pengkebumian, manakala solat jenazah ghaib boleh diadakan sebaik sahaja mendengar maklumat jenazah telah dimandi dan dikafankan.
 
 
SOLAT JENAZAH HADIR
 
3.     Bagi jenazah yang dipersetujui oleh pihak keluarga untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presint 20 Putrajaya, Solat Jenazah Hadir akan diselaraskan di Masjid Putra, Putrajaya. Setakat ini sebanyak 2 jenazah akan dikebumikan di Putrajaya.
4.     Manakala bagi jenazah Muslim yang dibawa terus ke negeri masing-masing, jenazah akan disolatkan di peringkat negeri dan permukiman masing-masing.
5.    Bagi membantu negara dan semua kementerian yang terlibat dengan pengurusan jenazah MH 17, JAKIM bersama Jabatan Agama Islam Negeri-negeri berkaitan akan berperanan sepenuhnya untuk pengurusan solat jenazah dan urusan pengebumian jenazah Muslim sehinggalah majlis selesai. Untuk itu, Jakim menyediakan 2 orang imam pengiring bagi setiap jenazah Islam untuk membantu menguruskan solat jenazah, bacaan talkin dan tahlil.
 
 
SOLAT JENAZAH GHAIB
 
6.    Dalam masa yang sama, seluruh masjid di seluruh Malaysia adalah dipohon untuk mengadakan solat jenazah ghaib secara serentak sebaik sahaja selesai solat Jumaat . Di peringkat negara, solat jenazah ghaib akan diadakan secara langsung di Masjid Putra, Putrajaya. Semua masjid juga adalah digalakkan untuk mengadakan majlis tahlil selepas solat jenazah diadakan.
 
7.  Untuk makluman, cara melakukan solat jenazah ghaib sama seperti solat jenazah biasa, cuma berbeza pada niatnya saja. Solat sunat jenazah ghaib boleh dilaksanakan berdasarkan kaedah menunaikan solat ghaib yang dianjurkan dalam Islam. Untuk maklumat lanjut, umat Islam boleh merujuk kaifiat solat jenazah ghaib melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my.
 
8.    Sehubungan dengan itu, saya ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk sama-sama menunaikan solat jenazah ghaib di masjid-masjid peringkat negeri dan komuniti.
 
 
TEKS KHUTBAH KHAS
 
9.   Jakim juga telah menyediakan teks khutbah khas sempena solat Jumaat dan diharapkan masjid dan surau dapat menggunapakai teks khutbah yang disediakan.
 
Sekian dimaklumkan.
 
YB MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
21 Ogos 2014
 
 
Lampiran :
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Jun 2017.
Jumlah Pelawat :11144864