Waktu Solat Putrajaya Subuh : 6:09 Syuruk : 7:24 Zohor : 13:29 Asar : 16:45 Maghrib : 19:29 Isyak : 20:39

 Jakim logo white small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

ISU PENGGUNAAN VAKSIN
_______________________________________________________________________

Jakim bersetuju dengan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan dalam Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di ruangan Bayan Linnas Siri 59 yang menyentuh tentang penggunaan vaksin dari pandangan fiqh dan maqasid syariah.

Menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta adalah merupakan perkara-perkara asas dalam maqasid syariah yang mesti diberikan keutamaan untuk dipelihara.

Oleh itu, suntikan vaksin yang merupakan sejenis agen bertindak untuk merangsang sistem pertahanan badan adalah salah satu daripada cabang memelihara nyawa dengan menjaga kesihatan dan ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Kegagalan mengambil suntikan vaksin bakal mengundang kemudaratan yang lebih besar pada masa akan datang.

Ini kerana bukan sahaja individu yang tidak mengambil vaksin akan terdedah kepada pelbagai penyakit berjangkit yang merbahaya, malah dia juga berpotensi membahayakan orang lain dan akhirnya bakal mengancam 'herd immunity' yang dibina selama ini.

Islam amat mementingkan umatnya agar sentiasa berwaspada dengan bahaya dan menyarankan agar kita mengambil langkah pencegahan "al-wiqayah" dalam mendepani isu seumpama ini.

Oleh itu, tindakan mengambil vaksin merupakan satu kemestian agar dapat membendung penyakit-penyakit merbahaya dari peringkat awal. Walaupun terdapat sesetengah dakwaan mengatakan vaksin mengandungi bahan terlarang seperti najis dan sebagainya, namun jika tiada pilihan yang lain maka ia tetap diharuskan kerana darurat.

Jakim berpendapat suntikan vaksin ini bukan sahaja bertepatan dengan nas-nas syarak, bahkan ianya turut selari dengan prinsip maqasid al syariah dalam menjaga nyawa manusia.

Sekian, terima kasih.


Tan Sri Dato' Haji Othman bin Mustapha
Ketua Pengarah Jakim
24 Jun 2016
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Februari 2017.
Jumlah Pelawat :10255337