Waktu Solat Putrajaya Subuh : 6:08 Syuruk : 7:26 Zohor : 13:28 Asar : 16:50 Maghrib : 19:26 Isyak : 20:38

Jakim logo white small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

ISU PERMAINAN POKEMON GO
 

Jakim menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos 2016 yang tidak membenarkan umat Islam melibatkan diri dengan aplikasi permainan Pokemon Go atas pelbagai faktor termasuk membawa kepada kemudaratan.

Keputusan tersebut adalah selari dengan pandangan hukum oleh negara-negara Islam lain yang telah membuktikan permainan Pokemon Go ini menjadi penyebab insiden yang membahayakan sehingga meragut nyawa. Permainan ini juga nyata mendatangkan kesan yang negatif kepada golongan kanak-kanak dan remaja.

Justeru, Jakim menyeru umat Islam di negara ini agar menghindarkan diri dari permainan Pokemon Go ini. Saranan ini juga selaras dengan kaedah syarak *Saddu Al-Zara'i (سدُّ الذرائع)*di mana kita perlu mencegah atau menyekat jalan yang boleh membawa kepada kerosakan dan   kemudharatan kepada diri kita.

Sekian


TAN SRI DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
7 Ogos 2016
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Januari 2017.
Jumlah Pelawat :10026672