Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:43 Syuruk : 7:06 Zohor : 13:19 Asar : 16:45 Maghrib : 19:28 Isyak : 20:44

Jakim logo white small
KENYATAAN MEDIA

KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

LAPORAN THE STAR ONLINE 31 DISEMBER 2016 BERTAJUK : “MC DONALD’S APOLOGISES FOR HALAL CAKES UPROAR, BUT WILL PERSIST WITH POLICY”
DAN THE MALAY MAIL ONLINE 1 JANUARI 2017 BERTAJUK : “MC DONALD’S: JAKIM ONLY PERMITS HALAL-CERTIFIED FOOD IN PREMISES”
 

Jakim mengambil maklum laporan yang telah disiarkan oleh pihak The Star Online bertarikh 31 Disember 2016 bertajuk : McDonald’s Apologises for Halal Cake Uproar, But Will Persist with Policy dan pihak The Malay Mail Online 1 Januari 2017 bertajuk : McDonald’s: Jakim only permits Halal-Certified Food in Premises”.

Pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah berpandukan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) (Semakan Ketiga) 2014 dan juga MS 1500:2009 – Halal Food – production, preparation, handling and storage – General Guidelines yang dibangunkan bersama pihak industri, pengguna dan pakar pemakanan. Ianya mengambil kira keseluruhan rantaian produk dengan pendekatan Halalan Toyyiban yang membawa maksud Halal lagi suci, berkualiti dan selamat (food safety). Manual ini menggariskan 13 (tiga belas) keperluan umum pensijilan yang antara lain menyentuh berkaitan Pensijilan Halal bagi premis makanan.

Jakim berpandangan bahawa polisi yang dibangunkan oleh pihak McDonald’s adalah merupakan inisiatif yang baik serta komitmen yang tinggi syarikat dalam usaha pengawalan jaminan halal di semua premis McDonald’s berteraskan Sistem Jaminan Halal (Halal Assurance Management System – HAS).

Umumya, polisi seumpama ini bukanlah suatu yang diluar kebiasaan sebagaimana polisi yang sudah menjadi amalan di kebanyakan premis makanan berangkai yang mengamalkan polisi “No Outside Food Allowed” yang telah diterima oleh masyarakat.

Justeru, Jakim menghargai keprihatinan pihak media dan masyarakat awam terhadap isu-isu halal di negara ini. Jakim juga berharap agar semua pihak merujuk terlebih dahulu kepada pihak berwajib sekiranya berlaku sesuatu polemik berkaitan dengan isu halal terutama yang sering tular (viral) di laman sosial.

Sekian.


TAN SRI DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
4 Januari 2017
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Jun 2017.
Jumlah Pelawat :11163101