Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:53 Syuruk : 7:10 Zohor : 13:20 Asar : 16:35 Maghrib : 19:26 Isyak : 20:37

Jakim adalah salah sebuah agensi agama Persekutuan yang utama dalam sektor awam. Semenjak penubuhannya pada tahun 1968, Jakim telah memainkan peranan yang penting dalam menguruskan pembangunan hal ehwal Islam serta membina kekuatan rohaniah masyarakat yang progresif.

Dokumen Pelan Strategik Jakim 2015-2019 ini diwujudkan bagi menjelaskan hala tuju dan rangka kerja Jakim bagi tempoh lima tahun. Pelan ini digubal dengan mengambil kira isu-isu dan cabaran semasa yang sedang dihadapi oleh umat Islam. Pelbagai agenda kritikal telah ditentukan untuk diberi tumpuan sepanjang tempoh pelaksanaannya.

Pelan Strategik ini sangat penting sebagai panduan kepada seluruh warga Jakim bagi merancang dan melaksanakan program-program berdasarkan kepada strategi yang telah ditetapkan. Dokumen ini juga adalah sebagai rujukan kepada pelanggan-pelanggan Jakim yang terdiri daripada agensi-agensi dan pihak-pihak lain yang berkepentingan.

Pelan strategik ini menjadi acuan kepada operasi jakim bagi merealisasikan hasrat Kerajaan untuk menjadikan umat Islam di Malaysia sebagai umat terbilang (khaira ummah). Matlamat ini diharap akan tercapai dengan jayanya,
Insya-Allah.

TERAS PELAN STRATEGIK JAKIM 2015 - 2019

Teras Strategik 1

Memantapkan Perundangan Islam Melalui Penyelarasan dan Penyeragaman Undang-undang Ke Arah Mendaulatkan Pelaksanaan Syariat Islam

Teras Strategik 2

Mengukuhkan Bidang Penyelidikan dan Pembangunan Islam Ke Arah Melestarikan Kemajuan Ummah

Teras Strategik 3

Mengukuhkan Kerjasama Strategik dan Ukhuwah Islamiah di Peringkat Nasional, Serantau dan Antarabangsa Ke Arah Penyatuan Ummah 

Teras Strategik 4

Memantapkan Kefahaman dan Penghayatan Islam Secara Syumul Bagi Melahirkan Khaira Ummah

Teras Strategik 5

Memantapkan Penyelarasan dan Pembangunan Halal Ke Arah melahirkan Insan Kamil

Teras Strategik 6

Mengukuhkan Pembangunan pendidikan Islam Ke Arah Melahirkan Insan Kamil

Teras Strategik 7

Memperkasakan Keupayaan Organisasi Bagi Meningkatkan Kecekapan dan Penyampaian Perkhidmatan

 
 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 18 Ogos 2017.
Jumlah Pelawat :11519893