Glosari Muamalat

Berikut adalah senarai glosari yang berguna. Anda boleh tapis glosari berdasarkan abjad dibawah :

A | B | C | D | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | W
Aset

Wang tunai dan harta benda seperti tanah, bangunan dan lain-lain yang dimiliki seseorang, syarikat atau pertubuhan dan
lain-lain.

Ashab al-Furud

Waris-waris yang telah ditetapkan bahagian mereka dalam pembahagian harta pusaka menurut al-Quran,
al-Sunnah dan Ijmak.

Ashum ‘Adiyah

Saham biasa iaitu saham tanpa hak istimewa.

Aswaq Kharijiyyah / Aswaq al-Sarf al-Kharij

Pasaran penjualan mata wang asing.

Awarid al-Ahliyyah

Halangan kelayakan.

Awarid Muktasabah

Halangan yang mendatang seperti jahil, mabuk dan bodoh atau dungu dan seumpamanya.

Awaridh Samawiyyah

Halangan yang ditetapkan Allah seperti gila, lupa, sakit, mati dan sebagainya.

Awl

Pertambahan pada saham-saham waris fardhu dan berlaku pengurangan pada kadar habuan mereka dalam pusaka mengikut nisbah pertambahan itu. Dengan kata lain, berlakunya pertambahan atau peningkatan jumlah saham yang diterima oleh waris dan berkurangnya nilai harta sebenar.

Awraq Maliyyah

Sijil saham.

Azmah Iqtisadiyyah

Krisis ekonomi.

Baitulmal

Institusi yang menerima dan mengurus kewangan dari pelbagai sumber harta secara terkumpul oleh negara Islam seperti zakat, harta wakaf, cukai dan lain-lain untuk kepentingan umat.

Bay’

Kontrak jual beli; pertukaran harta dengan harta dengan syarat-syarat tertentu.

Bay’ al- ‘Urbun

Satu bentuk jual beli di mana pembeli membayar sejumlah wang pendahuluan. Sekiranya jual beli diteruskan maka wang pendahuluan ini akan menjadi sebahagian daripada harga barangan. Jika tidak, maka wang ini dianggap sebagai hibah (pemberian) daripada pembeli kepada penjual.

Bay’ al-Dayn

Kontrak jual beli ke atas hutang yang terbentuk hasil daripada aktiviti perniagaan yang selaras dengan syarak.

Bay’ al-Fasid

- ‘Aqd Fasid.

Bay’ al-Fuduli

Jual beli yang dilakukan oleh seseorang terhadap sesuatu harta yang ia tidak mempunyai sebarang autoriti terhadap harta itu.

Bay’ al-Gharar

Jual beli yang mempunyai unsur- unsur penipuan atau ketidakpastian yang boleh mendedahkan seseorang kepada bahaya sekiranya pembelian diteruskan seperti menjual ikan di dalam kolam.

Bay’ al-Hali

Jual beli secara tunai.

Bay’ al-Istighlal

Jual harta dengan syarat penjual mengambil harta yang dijual itu atas dasar sewa.

Bay’ al-Istijrar

Amalan pengambilan barang secara berperingkat dengan harga yang ditetapkan pada masa kontrak dibuat dan pembayaran dilakukan kemudian.

Bay’ al-Istisna‘

Jual beli secara tempahan.- Istisna‘.

Bay’ al-Isytirak

Jual beli secara perkongsian.

Bay’ al-Ja’iz

Jual beli yang diharuskan syarak.

Bay’ al-Jizaf

Akad jual beli barangan secara borong yang melibatkan barangan yang sukar untuk dihitung, ditimbang atau tidak diketahui kuantiti secara tepat produk tersebut.

Bay’ al-Mawjud

Kontrak jual beli sesuatu yang sudah ada ketika akad dilakukan.

Bay’ al-Ma’dum

Menjual sesuatu barangan yang tidak dimiliki oleh penjual ketika kontrak jual beli berlangsung.4

Bay’ al-Muqayyadah

Jual beli tukar barang.

Bay’ al-Murabahah

Penjualan barangan pada harga kos ditambah margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Harga belian dan jualan, kos-kos serta margin keuntungan hendaklah dinyatakan dengan jelas semasa perjanjian.

Bay’ al-Muzayadah

Jual beli secara lelong iaitu jual beli di mana penjual menawarkan aset jualan diikuti permintaan para pembeli yang menawarkan harga berdasarkan kesanggupan masing- masing. Kemudian aset tersebut dijual kepada pembeli yang menawarkan harga tertinggi.

Bay’ al-Mu’atah

Jual beli melalui perbuatan secara lazimnya tanpa melibatkan lafaz ijab dan qabul dalam urusan pembelian kecil-kecilan atau runcit.- ‘Aqd al-Ta’ati.

Bay’ al-Sahih

Akad sahih.

Bay’ al-Salam

Kontrak jual beli barang pesanan yang disepakati butiran terperinci pada awal akad dan pembayaran penuh dibuat secara tunai manakala penyerahan barang ditangguhkan pada suatu masa yang ditetapkanJual beli salam hanya bagi barang- barang yang dapat disifatkan secara tepat dari segi bentuk, bilangan, jenis, kualiti dan bukan daripada barang-barang ribawi. (untuk tukaran dengan barang ribawi dalam kategori yang sama asas pengharamannya (illah).

Bay’ al-Sarf

Jual beli mata wang dengan mata wang lain termasuk emas dan perak.5

Bay’ al-Taqsit

Jual beli secara ansuran.

Bay’ al-Tasriyyah

Jual beli yang berunsurkan penipuan atau helah.

Bay’ al-Wafa’

Jual beli yang meletak syarat bahawa apabila penjual membayar semula harga barangan yang dijual maka pembeli akan mengembalikan semula barangan yang dijual kepada penjual. Kontrak dibuat di mana seseorang menjual suatu barang pada pembeli dengan persetujuan bersama di mana pembeli akan menjualkan kembali barang tersebut kepada penjual dengan harga yang dipersetujui. Dalam masyarakat Melayu kontrak ini dikenali sebagai jual janji.
B

Bay’ al-‘Inah

Jual beli yang berlaku antara penjual dan pembeli. Penjual menjual asetnya kepada pembeli dengan harga tangguh lebih tinggi, kemudian penjual membeli semula aset tersebut daripada pembeli dengan harga tunai yang lebih
rendah. Keadaan sebaliknya juga boleh berlaku.

Bay’ Batil

Jual beli yang tidak sah kerana salah satu rukunnya tidak dipenuhi.

Bay’ bi thaman al-ajil

Penjualan barangan berasaskan pembayaran tertangguh pada harga tertentu.

Bay’ bima yanqati’ bihi al-si’r

Amalan pengambilan barang seperti daging, minyak dan lain-lain oleh pembeli pada setiap hari dalam jumlah tertentu kemudian pembayaran dilakukan mengikut harga pasaran pada akhir bulan tanpa menentukan harganya pada masa kontrak dibuat.