Kolej Universiti Insaniah (KUIN)

 

 

Kulliyyah & Pengajian Muamalat

Pengenalan
Kulliyyah Muamalat merupakan salah satu kulliyyah di Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Kulliyyah Muamalat ditubuhkan pada tahun 2000 dengan menawarkan dua (2) program iaitu program Diploma Perakaunan dan Diploma Pengurusan Perniagaan. Kulliyah Muamalat maju setapak lagi kehadapan dengan menawarkan satu lagi program iaitu Diploma Teknologi Maklumat pada tahun berikutnya.
Kulliyyah Muamalat mengandungi tiga jabatan iaitu Jabatan Perakaunan, Jabatan Pengurusan Perniagaan Dan Jabatan Teknologi Maklumat. Kulliyyah Muamalat diterajui oleh seorang dekan, seorang timbalan dekan serta tiga orang ketua jabatan dan beberapa orang pensyarah.
Semua program yang ditawarkan oleh kulliyyah telah mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency :MQA). Bagi memenuhi permintaan masa kini, dalam tahun 2008, kulliyyah telah berjaya menawarkan program ijazahnya yang pertama iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Dengan Kepujian. Program ijazah ini juga telah mendapat kebenaran daripada pihak MQA. Sejajar dengan visi dan misi KUIN dalam melahirkan graduan yang seimbang ilmu dunia dan akhirat, kulliyyah akan sentiasa bergerak ke hadapan dengan menawarkan lebih banyak program di masa hadapan.
Antara program yang ditawarkan adalah:
  1. Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Perakaunan.
  2. Teknologi Maklumat (Sains Komputer & Rangkaian),
  3. Teknologi Maklumat,(Multimedia Kreatif),
  4. Pengurusan Perniagaan (Pengurusan Risiko dan Takaful),
  5. Pengurusan Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam),Pengurusan Perniagaan (Perancangan Kewangan Islam).
Pada peringkat diploma pula, dua diploma akan ditawarkan iaitu:
  1. Diploma Perbankan Islam
  2. Diploma Insurans Islam
KUIN juga merekabentuk program pra-ijazah dan pra-diploma bagi menyediakan peluang pembelajaran di peringkat asas.
Peringkat lepasan ijazah (sarjana dan doktor falsafah perbankan Islam) juga ditawarkan bagi memenuhi keperluan pasaran masa kini dan juga meningkatkan lagi nilai tambah KUIN ke arah kecermerlangan akademik.
 
Visi & Misi
Visi
Memupuk kesarjanaan dan kecemerlangan kulliyyah melalui gabungan ilmu dunia dan akhirat
Misi
Menjadi sebuah kulliyyah yang memangkin serta menjana pembangunan ilmu berkaitan pengurusan perniagaan, perakaunan, teknologi maklumat serta pengintergrasian ilmu-ilmu Islam dan konvensioanal kearah membentuk modal insan yang intelektual sejajar dengan keperluan negara.
 
Objektif
  • Menyedia dan memantapkan graduan yang berketerampilan dan bertanggungjawab.
  • Menghasilkan penyelidikan dan penerbitan yang berkualiti dan bermanfaat.
  • Menawarkan khidmat perundingan yang cekap dan berkesan.
  • Membekalkan khidmat kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang kondusif.
  • Membangun dan memanfaatkan potensi staf
  • Menyumbang bakti kepada pembangunan komuniti.
 
Kelayakan Kemasukan
Kelayakan memasuki ke program Doktor Falsafah/ Ijazah Sarjana / Ijazah Sarjana Muda/ Diploma/ Asasi Sains Sosial/ Pra Diploma adalah seperti berikut:
Program Doktor Falsafah
  • Mempunyai Ijazah Sarjana yang baik dalam bidang Kewangan dan Perbankan Islam dari Kolej Universiti Insaniah atau mana-mana Universiti yang diiktiraf oleh Senat ; atau
  • Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengan ijazah Sarjana dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman-pengalaman yang diiktiraf oleh Senat.
Program Ijazah Sarjana
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian sekurang-kurangnya Kelas Kedua Bawah daripada universiti-universiti tempatan atau luar negara yang diiktiraf, atau kelayakan yang setara ; atau
  • Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengan ijazah Sarja Muda dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman-pengalaman yang diiktiraf oleh Senat.
Program Ijazah Sarjana Muda
Syarat kemasukan untuk program ini adalah seperti berikut :
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf, dan ;
  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya mendapat Gred C ( NGMP 2.00) dalam 2 subjek, atau ;
  • Lulus Matrikulasi / setaraf dengannya sekurang-kurangnya NGMP 2.00 dan diluluskan oleh Senat Kolej Universiti INSANIAH, atau ;
  • Mempunyai kelulusan diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Senat Kolej Universiti INSANIAH, atau ;
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) , atau ;
  • Lain-lain kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Kolej Universiti INSANIAH.
Program Diploma
Pelajar-pelajar yang mengikuti kursus ini dipilih daripada pemohon-pemohon yang mempunyai :
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya 3 (TIGA) kepujian dalam mana-mana matapelajaran yang berkaitan dengan program yang dipohon termasuk Bahasa Melayu
  • DAN Lulus Matematik serta Bahasa Inggeris.
ATAU
  • Lain-lain kelulusan yang setaraf dan diperakukan oleh Jawatankuasa Akademik Kolej Universiti Insaniah (KUIN).
Program Asasi Sains Sosial
Pelajar-pelajar yang mengikuti kursus ini dipilih daripada pemohon-pemohon yang mempunyai :
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya 3 (TIGA) Kepujian dalam mana-mana matapelajaran yang berkaitan dengan program yang dipohon termasuk Bahasa Melayu
  • DAN Lulus Matematik serta Bahasa Inggeris.
ATAU
  • Lain-lain kelulusan yang setaraf dan diperakukan oleh Jawatankuasa Akademik Kolej Universiti Insaniah (KUIN).
Program Pra Diploma
Pelajar-pelajar yang mengikuti kursus ini dipilih daripada pemohon-pemohon yang mempunyai :
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya 1 (SATU) Kepujian dalam mana-mana matapelajaran termasuk Bahasa Melayu
ATAU
  • Lain-lain kelulusan yang setaraf dan diperakukan oleh Jawatankuasa Akademik Kolej Universiti Insaniah (KUIN).
ke atas
 
Program yang ditawarkan
  • SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM
  • SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN
  • SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN (UMUM)
  • SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN (PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM)
  • SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN (TAKAFUL DAN RISIKO)
  • SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT (E-DAGANG)
  • SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT (MULTIMEDIA KREATIF)
  • SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT (SAINS KOMPUTER DAN RANGKAIAN)
  • DIPLOMA INSURANS ISLAM
  • DIPLOMA PERAKAUNAN
  • DIPLOMA PERBANKAN ISLAM
  • DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
  • DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
  • ASASI SAINS SOSIAL
  • PRA DIPLOMA
 
SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM
PENGENALAN
Program Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) Kewangan dan Perbankan direkabentuk bagi menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran analitikal untuk mengharungi kerjaya cemerlang dalam bidang perbankan dan kewangan Islam serta bidang-bidang berkaitan. Program ini mensasarkan pelajar dari pelbagai latarbelakang pengajian seperti Ekonomi, pengurusan perniagaan, perakauan, teknologi maklumat dan komunikasi serta pelajar yang tidak mempunyai kelulusan dalam bidang-bidang berkenaan tetapi mempunyai pengalaman kerja dan minat.
STRUKTUR PROGRAM (SARJANA)
Semester 1 – Tahun 1
Sistem Kewangan Islam, Institusi Perbankan dan Kewangan Islam, Fiqh Perbankan dan Kewangan, Kaedah Penyelidikan Umum
Semester 2 – Tahun 1
Penyediaan proposal dan ulasan karya
Semester 3 – Tahun 2
Pengumpulan data dan kerja lapangan
Semester 4 – Tahun 2
Pengumpulan data dan kerja lapangan
 
SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN
PENGENALAN
Program Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian ini dibentuk bagi merealisasikan keperluan tenaga kerja negara terutamanya dalam bidang perakaunan. Selain dari itu, kurikulum Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian ini juga direkabentuk supaya ianya dapat melahirkan graduan perakaunan yang mempunyai ciri-ciri akauntan masa hadapan, iaitu mempunyai kemahiran dan pengetahuan perakaunan yang mendalam di samping mempunyai pengetahuan-pengetahuan yang lain supaya akauntan masa hadapan ini boleh menjadi penganalisis kewangan dan penyaing global, tidak terhad hanya menjadi akauntan sahaja.
Graduan perakaunan KUIN juga di dedahkan kepada kemahiran-kemahiran lain untuk menjadi nilai tambah dalam menghadapi dunia pekerjaan seperti kemahiran berkomunikasi, mengetahui selok belok keusahawanan, mempunyai nilai etika yang tingii, mahir dalam hubungan antara manusia dan lain-lain lagi. Graduan perakaunan yang dilahirkan oleh KUIN juga telah dipupuk dan diterapkan dengan nilai-nilai insan yang bertaqwa, bermoral, beretika dan bertanggungjawab, berlandaskan kepada nilai-nilai murni Islam terhadap persekitarannya termasuk sesama manusia dan persekitarannya.
STRUKTUR PROGRAM
Semester 1 – Tahun 1
Foundation English, Foundation Arabic, Bahasa kebangsaan A, Matematik Pengurusan, Asas Pemasaran, Asas Pengurusan, Prinsip Ekonomi, Asas Keusahawanan, Asas Statistik, Ko-Kurikulum 1
Semester 2 – Tahun 1
English for Specific Purposes, pengajian Malaysia, Bahasa Arab 1, Tafsir dan Sains Al_quran, asas Muamalat. Al-Quran 1, Sistem Maklumat Pengurusan, Asas Perakaunan Kewangan 1, Komunikasi Perniagaan, Ko-Kurikulum 2
Semester 3 – Tahun 2
Reading and Writing for Academic Purpose, Bahasa Arab 2, Hadis dan Sains Hadis, Muamalat Kontemporari, Al-Quran 2, Asas Perakaunan Kewangan 2, Perakaunan Pengurusan 1, Audit 1, Undang-Undang Perniagaan
Semester 4 – Tahun 2
Public Speaking, Bahasa Arab 3, Dasar Perundangan Islam, Aqidah dan Akhlak, Audit 2, Perakaunan Kewangan & Pelaporan 1, Undang-Undang Syarikat, Perakaunan Pengurusan 2. Sistem Maklumat Perakaunan 1
Semester 5 – Tahun 3
Perakuanan kewangan & Pelaporan 2, Pencukaian 1, Tadbir Urus Korporat dan Etika Pengurusan, Perakaunan Sektor Awam, Sistem Maklumat Perakaunan 2, Gelagat Organisasi, Pengurusan Kewangan
Semester 6- Tahun 3
Perakaunan Kewangan & Pelaporan 3, Pencukaian 2, Pengajian Islam, Standard-Standard Dalam Perakaunan Islam, Pengurusan Strategik, Pengurusan Perniagaan Antarabangsa
Semester 7- Tahun 4
Latihan Industri
Semester 7- Tahun 4
Teori Dan Amalan Perakaunan, Amalan Kesetiausahaan Syarikat, Auditan, Etika dan Tadbir Urus Syarikat Dalam Institusi Kewangan islam, Perakaunan Forensik, Pencukaian 3
 
SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN (UMUM)
PENGENALAN
Program ini direkabentuk bagi menghasilkan graduan yang berkemahiran dan berkualiti di mana mereka mampu berdikari dan bersaing, kreatif dan inovatif, analitikal dan pakar dalam bidang pengurusan dan perniagaan serta boleh menyesuaikan diri dengan kehendak pasaran semasa samada di peringkat negara mahupun di peringkat antarabangsa. Program ini diperkenalkan untuk memberi holistic view kepada pelajar tentang konsep serta teori pengurusan, pemasaran, perundangan, perakaunan, ekonomi dan sebagainya. Pelajar juga turut diperkenalkan dengan kursus-kursus pengajian Islam seperti asas muamalat, dasar perundangan Islam, aqidah dan akhlak dan lain-lain yang mana kursus ini akan menjadi nilai tambah kepada graduan lulusan program ini. Graduan ini juga mampu menganalisa dan menyelesaikan isu-isu dan permasalahan yang wujud dalam persekitaran perniagaan dan menyelesaikannya secara teori mahupun praktikal.
STRUKTUR PROGRAM
Semester 1 – Tahun 1
Komunikasi Perniagaan, Matematik Pengurusan, Asas Pemasaran, Asas Pengurusan, Asas Perakaunan Kew. I, Aplikasi Komputer, Foundation English, Foundation Arabic, Bhs. Kebangsaan A, Ko-Kurikulum 1
Semester 2 – Tahun 1
Pengurusan Pemasaran, Asas Perakaunan Kew. II, Tafsir dan Sains Al-Quran, Asas Muamalat, Asas Statistik, Al-Quran 1, Pengajian Malaysia, English for Specific Purposes, Bahasa Arab 1, Ko-Kurikulum 2
Semester 3 – Tahun 2
Undang-undang Perniagaan, Gelagat Organisasi, Etika Pengurusan, Pengurusan Sumber Manusia, Asas Keusahawanan,Hadis dan Sains Hadis, Muamalat Kontemporari, Reading & Writing for Academic Purpose, Bahasa Arab 2,Al-Quran 2
Semester 4 – Tahun 2
Pengurusan Kewangan, Pengenalan E-Dagang, Undang-undang Syarikat, Asas Perakaunan Pengurusan, Public Speaking, Bahasa Arab 3, Dasar Perundangan Islam, Aqidah dan Akhlak, Pengajian Islam
Semester 5 – Tahun 3
Pengurusan Perubahan, Kaedah Penyelidikan, Pengurusan Perundingan, Pengurusan Perniagaan Antarabangsa, Pengurusan Pengeluaran dan Operasi, Prinsip Ekonomi
Semester 6 – Tahun 3
Pengurusan Strategik, Hubungan Industri, Sistem Maklumat Pengurusan, Seminar Pemikiran Pengurusan
Semester 7 – Tahun 3 – Cuti Semester
Latihan Industri
 
SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN (PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM)
PENGENALAN
Program ini diperkenalkan untuk melahirkan graduan yang kompeten dan tenaga kerja mahir dalam bidang perbankan dan kewangan Islam untuk untuk memenuhi permintaan pasaran di peringkat negara dan antarabangsa. Program pengajian ini merupakan kursus pengajian yang berasaskan bidang pengurusan perniagaan dengan memfokuskan kepada bidang perbankan dan kewangan Islam. Enam mata pelajaran pengkhususan dalam bidang perbankan dan kewangan Islam termasuklah dasal fiskal dan kewangan Islam, risiko dan takaful, teori dan praktis perbankan Islam, sistem kewangan Islam, prinsip dan amalan takaful, analisis pelaburan dan pengurusan bank Islam. Program ini turut diperkenalkan dengan kursus-kursus pengajian Islam seperti asas muamalat, dasar perundangan Islam, aqidah dan akhlak dan lain-lain yang mana kursus ini akan menjadi nilai tambah kepada graduan lulusan program ini. Program pengajian ini bakal melahirkan graduan yang mampu menganalisa dan menyelesaikan isu-isu dan permasalahan yang wujud dalam persekitaran perniagaan dan menyelesaikannya secara teori mahupun praktikal.
STRUKTUR PROGRAM
Semester 1 – Tahun 1
Komunikasi Perniagaan, Matematik Pengurusan, Asas Pemasaran, Asas Pengurusan, Asas Perakaunan Kew. I, Aplikasi Komputer, Foundation English, Foundation Arabic, Bhs. Kebangsaan A, Ko-Kurikulum 1
Semester 2 – Tahun 1
Pengurusan Pemasaran, Asas Perakaunan Kew. II, Tafsir dan Sains Al-Quran, Asas Muamalat, Asas Statistik, Al-Quran 1, Pengajian Malaysia, English for Specific Purposes, Bahasa Arab 1, Ko-Kurikulum 2
Semester 3 – Tahun 2
Undang-undang Perniagaan, Gelagat Organisasi, Etika Pengurusan, Sistem Kewangan Islam, Asas Keusahawanan,Hadis dan Sains Hadis, Muamalat Kontemporari, Reading & Writing for Academic Purpose, Bahasa Arab 2,Al-Quran 2
Semester 4 – Tahun 2
Pengurusan Kewangan, Pengenalan E-Dagang, Undang-undang Syarikat, Asas Perakaunan Pengurusan, Public Speaking, Bahasa Arab 3, Dasar Perundangan Islam, Aqidah dan Akhlak, Pengajian Islam
Semester 5 – Tahun 3
Dasar Fiskal dan Kewangan Islam, Kaedah Penyelidikan, Teori dan Praktis Perbankan Islam, Pengurusan Bank Islam, Prinsip dan Amalan Takaful, Prinsip Ekonomi
Semester 6 – Tahun 3
Pengurusan Strategik, Hubungan Industri, Sistem Maklumat Pengurusan, Analisis Pelaburan
Semester 7 – Tahun 3 – Cuti Semester
Latihan Industri
 
SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN (TAKAFUL DAN RISIKO)
PENGENALAN

Program pengajian ini merupakan kursus pengajian yang berasaskan bidang pengurusan perniagaan dengan memfokuskan kepada bidang insurans Islam. Enam mata pelajaran pengkhususan dalam bidang insurans Islam merangkumi risiko dan takaful, prinsip dan amalan takaful, pengurusan takaful harta dan ectorty, analisis pelaburan dan pengurusan takaful keluarga dan kesihatan. Program ini turut diperkenalkan dengan kursus-kursus pengajian Islam seperti asas muamalat, dasar perundangan Islam, aqidah dan akhlak dan lain-lain yang mana kursus ini akan menjadi nilai tambah kepada graduan lulusan program ini. Selepas tamat pengajian, graduan program ini berkelayakan untuk memegang jawatan dalam syarikat insuran Islam (Takaful) dan juga ector-sektor lain sebab pengurusan risiko menjadi aspek utama dalam organisasi. Secara khususnya, industri insurans Islam menawarkan banyak peluang kerjaya kepada graduan program ini.
STRUKTUR PROGRAM
Semester 1 – Tahun 1
Komunikasi Perniagaan, Matematik Pengurusan, Asas Pemasaran, Asas Pengurusan, Asas Perakaunan Kew. I, Aplikasi Komputer, Foundation English, Foundation Arabic, Bhs. Kebangsaan A, Ko-Kurikulum 1
Semester 2 – Tahun 1
Pengurusan Pemasaran, Asas Perakaunan Kew. II, Tafsir dan Sains Al-Quran, Asas Muamalat, Asas Statistik, Al-Quran 1, Pengajian Malaysia, English for Specific Purposes, Bahasa Arab 1, Ko-Kurikulum 2
Semester 3 – Tahun 2
Undang-undang Perniagaan, Gelagat Organisasi, Etika Pengurusan, Risiko dan Takaful, Asas Keusahawanan,Hadis dan Sains Hadis, Muamalat Kontemporari, Reading & Writing for Academic Purpose, Bahasa Arab 2,Al-Quran 2
Semester 4 – Tahun 2
Pengurusan Kewangan, Pengenalan E-Dagang, Undang-undang Syarikat, Asas Perakaunan Pengurusan, Public Speaking, Bahasa Arab 3, Dasar Perundangan Islam, Aqidah dan Akhlak, Pengajian Islam
Semester 5 – Tahun 3
Prinsip dan Amalan Takaful, Kaedah Penyelidikan, Pengurusan Risiko Korporat, Pengurusan Takaful Harta dan Liabiliti, Pengurusan Takaful Keluarga dan Kesihatan, Prinsip Ekonomi
Semester 6 – Tahun 3
Pengurusan Strategik, Hubungan Industri, Sistem Maklumat Pengurusan, Analisis Pelaburan
Semester 7 – Tahun 3 – Cuti Semester
Latihan Industri
 
SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT (E-DAGANG)
PENGENALAN
Dalam dunia hari ini, hampir kesemua perniagaan mempunyai laman web sendiri untuk membolehkan produk atau perkhidmatan mereka boleh didapati secara atas talian. Program Sarjana Muda Teknologi Maklumat (E-Dagang) merupakan salah satu program yang menggabungkan kedua-dua bidang perkomputeran dan perniagaan. Dalam bidang perkomputeran, graduan mempelajari tentang bahasa pengaturcaraan, pangkalan data, rangkaian. Manakala dalam bidang perniagaan, graduan didedahkan kepada pengurusan, pemasaran serta operasinya. Masa untuk menamatkan pengajian dalam bidang ini adalah 6 semester termasuk menjalani latihan praktikal di mana-mana organisasi terpilih bagi mengaplikasikan ilmu dipelajari. Graduan akan membangunkan pelan perniagaan dan matlamat projek bagi mencipta strategi pemasaran.
STRUKTUR PROGRAM
Semester 1 – Tahun 1
Pengaturcaraan 1, Matematik 1, Konsep Teknologi Maklumat, Sistem dan Organisasi Komputer, Foundation English, Foundation Arabic, Bahasa Kebangsaan A, Ko-Kurikulum 1
Semester 2 – Tahun 1
Matematik 2, Statistik dan Kebarangkalian, Pengaturcaraan 2, English for Specific Purposes, Bahasa Arab 1, Tafsir dan Sains Al-Quran, Asas Muamalat, Al-Quran 1, Pengajian Malaysia, Ko-Kurikulum 2
Semester 3 – Tahun 2
Analisis dan Rekabentuk Sistem, Pengurusan Pelanggan E-Dagang,Pengenalan E-Dagang, Teknologi Rangkaian Komputer, Asas Keusahawanan ,Reading & Writing for Academic Purpose, Bahasa Arab 2, Hadis dan Sains Hadis, Muamalat Kontemporari, Al-Quran 2
Semester 4 – Tahun 2
Sistem Pembayaran Elektronik, Pemasaran Internet, Sistem Pengoperasian, Teknologi Multimedia, Public Speaking, Bahasa Arab 3, Dasar Perundangan Islam, Aqidah dan Akhlak, Pengajian Islam
Semester 5 – Tahun 3
Teknologi dan Aplikasi E-Dagang, Pembangunan Aplikasi Mudah Alih, Kawalan dan Keselamatan E-Dagang, Struktur Data dan Algoritma, Pengurusan Pangkalan Data, Komputer Dalam Perniagaan
Semester 6 – Tahun 3
Perdagangan Tanpa Wayar, Pengurusan Data E-Dagang, Sistem Maklumat Pengurusan, Undang-Undang Siber
Semester 7 – Tahun 3 – Cuti Semester
Latihan Industri
 
SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT (MULTIMEDIA KREATIF)
PENGENALAN
Program Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Multimedia Kreatif) adalah salah satu program yang ditawarkan di Kulliyyah Muamalat di KUIN. Ia berlangsung selama 3 tahun (6 semester). Secara umumnya, program multimedia kreatif di KUIN lebih menekankan prinsip dan rekabentuk sistem multimedia seperti penghasilan aminasi dan grafik komputer, teknologi audio dan video digital, pangkalan data multimedia dan rangkaian dalam multimedia. Skill dan juga kemahiran graduan dalam proses rekabentuk komputer 3D, animasi 3D, penyeliaan projek dan juga R&D adalah elemen-elemen penting dalam pembangunan multimedia yang diterapkan dalam proses pembelajaran di KUIN. Latihan industri juga diwajibkan kepada semua bakal graduan multimedia kreatif untuk memberi pendedahan awal terhadap industri multimedia khususnya di Malaysia. Latihan lebih mengutamakan industri yang berkaitan dengan multimedia serta yang terlibat secara langsung dengan multimedia.
STRUKTUR PROGRAM
Semester 1 – Tahun 1
Pengaturcaraan 1, Matematik 1, Konsep Teknologi Maklumat, Sistem dan Organisasi Komputer, Foundation English, Foundation Arabic, Bahasa Kebangsaan A, Ko-Kurikulum 1
Semester 2 – Tahun 1
Matematik 2, Statistik dan Kebarangkalian, Pengaturcaraan 2, English for Specific Purposes, Bahasa Arab 1, Tafsir dan Sains Al-Quran, Asas Muamalat, Al-Quran 1, Pengajian Malaysia, Ko-Kurikulum 2
Semester 3 – Tahun 2
Analisis dan Rekabentuk Sistem, Interaksi Manusia Komputer, Teknologi Multimedia, Teknologi Rangkaian Komputer, Asas Keusahawanan ,Reading & Writing for Academic Purpose, Bahasa Arab 2, Hadis dan Sains Hadis, Muamalat Kontemporari, Al-Quran 2
Semester 4 – Tahun 2
Sistem Pengoperasian, Grafik Komputer, Teknologi Audio dan Video Digital, Rangkaian Multimedia, Public Speaking, Bahasa Arab 3, Dasar Perundangan Islam, Aqidah dan Akhlak, Pengajian Islam
Semester 5 – Tahun 3
Rekabentuk Sistem Multimedia, Animasi Komputer, Struktur Data dan Algoritma, Pengurusan Pangkalan Data, Pengenalan E-Dagang, Komputer Dalam Perniagaan
Semester 6 – Tahun 3
Pangkalan Data Multimedia, ,Projek, Sistem Maklumat Pengurusan, Undang-Undang Siber
Semester 7 – Tahun 3 – Cuti Semester
Latihan Industri
 
SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT (SAINS KOMPUTER DAN RANGKAIAN)
PENGENALAN
Program Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Sains Komputer dan Rangkaian) yang dijalankan di kulliyyah ini merupakan suatu program yang direkabentuk supaya dapat memenuhi keperluan modal insan negara khususnya dalam bidang sains komputer dan rangkaian. Program ini memerlukan tempoh pengajian selama 3 tahun (6 semester) untuk dilengkapkan yang merangkumi pengajian berkaitan prinsip-prinsip penting sains komputer , rangkaian dan latihan praktikal dan projek industri. Bagi melahirkan pengaturcara yang lebih berdaya saing di industri, program ini turut menerapkan subjek berkaitan keusahawanan dan kemahiran keinsanan.
STRUKTUR PROGRAM
Semester 1 – Tahun 1
Pengaturcaraan 1, Matematik 1, Konsep Teknologi Maklumat, Sistem dan Organisasi Komputer, Foundation English, Foundation Arabic, Bahasa Kebangsaan A, Ko-Kurikulum 1
Semester 2 – Tahun 1
Matematik 2, Statistik dan Kebarangkalian, Pengaturcaraan 2, English for Specific Purposes, Bahasa Arab 1, Tafsir dan Sains Al-Quran, Asas Muamalat, Al-Quran 1, Pengajian Malaysia, Ko-Kurikulum 2
Semester 3 – Tahun 2
Analisis dan Rekabentuk Sistem, Senibina Sistem Komputer, Pengaturcaraan Berorientasikan Objek, Teknologi Rangkaian Komputer, Asas Keusahawanan ,Reading & Writing for Academic Purpose, Bahasa Arab 2, Hadis dan Sains Hadis, Muamalat Kontemporari, Al-Quran 2
Semester 4 – Tahun 2
Sistem Pengoperasian, Teknologi Multimedia, Teori Bahasa Komputer, Teknologi Rangkaian Komputer Lanjutan, Public Speaking, Bahasa Arab 3, Dasar Perundangan Islam, Aqidah dan Akhlak, Pengajian Islam
Semester 5 – Tahun 3
Struktur Data dan Algoritma, Pengurusan Pangkalan Data, Pengenalan E-Dagang, Mikropemproses, Sistem Teragih, Komputer Dalam Perniagaan
Semester 6 – Tahun 3
Rekabentuk Digital, Teknologi Internet, Sistem Maklumat Pengursan, Undang-Undang Siber
Semester 7- Tahun 3 – Cuti Semester
Latihan Industri
 
DIPLOMA INSURANS ISLAM
PENGENALAN
Program pengajian ini adalah berasaskan kepada bidang pengurusan perniagaan dengan memfokuskan kepada bidang insurans Islam. Tempoh pengajian adalah dua setengah tahun (1 hingga 5 semester pengajian). Manakala struktur program program ini dipecahkan kepada 3 komponen utama iaitu teras KUIN, teras program dan elektif program. Lima kursus elektif program (pengantar risiko dan takaful, operasi syarikat takaful, takaful harta dan liabiliti, sistem ekonomi Islam, dan takaful keluarga dan kesihatan) yang ditawarkan dalam program ini akan menjadi mata pelajaran khusus bidang insurans Islam. Kaedah pengajian bagi program ini adalah secara kuliah. Pelajar juga akan menjalani latihan industri selama 10 minggu untuk mendedahkan mereka dengan situasi kerja sebenar. Selepas tamat pengajian, pemegang Diploma Insurans Islam boleh menyambung pengajian di peringkat ijazah di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan IPTA-IPTA serta IPTS-IPTS yang lain. Selain itu, mereka juga boleh memasuki pasaran pekerjaan yang berkaitan dengan insurans dan takaful.
STRUKTUR PROGRAM
Semester 1 – Tahun 1
Aplikasi Komputer, Asas Pengurusan, Matematik Perniagaan, Pengajian Malaysia, Ko Kurikulum 1, Bahasa Arab Asas (Tiada kredit ), English 1, *Bahasa Kebangsaan A, Pengajian Tajwid
Semester 2 – Tahun 1
Mikro ekonomi, Asas Statistik, Asas Pemasaran, Aqidah dan Tasawuf, Ko Kurikulum 2, Bahasa Arab 1, English 2, Pengajian Al-Quran 1
Semester 3 – Tahun 2
Pengantar Risiko dan Takaful, Perakaunan Kewangan, Undang-undang Perniagaan, Makro ekonomi, English 3, Bahasa Arab 2, Pengajian Al-Quran 2
Semester 4 – Tahun 2
Operasi Syarikat Takaful, Komunikasi Perniagaan, Sistem Ekonomi Islam, Asas Perakaunan Pengurusan, Pengajian Islam, Bahasa Arab 3, Pengajian Al-Quran 3
Semester Intersesi – Tahun 2
Latihan Industri
Semester 5 – Tahun 3
Asas Keusahawanan, E-Dagang, Takaful Harta dan Liabiliti, Asas Kewangan, Kaedah Pengurusan dan Perniagaan, Takaful Keluarga dan Kesihatan, Pengajian Al-Quran 4
 
DIPLOMA PERAKAUNAN
PENGENALAN
Program Diploma Perakaunan yang ditawarkan berupaya untuk melahirkan serta menyediakan tenaga kerja separa mahir dalam bidang perakaunan. Program ini berjalan selama tiga (3) tahun iaitu selama enam (6) semester. Kurikulum yang dipelajari merangkumi beberapa bahagian iaitu teras universiti, teras program serta subjek-subjek berteraskan Islam. Teras universiti merupakan subjek-subjek universiti yang perlu diambil oleh semua pelajar KUIN. Teras program merupakan subjek-subjek yang perlu diambil mengikut program pengajian masing-masing. Bagi pelajar diploma perakaunan subjek dalam teras program adalah subjek-subjek perakaunan seperti perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan, pengauditan, pencukaian, perakaunan perkomputeran dan lain-lain lagi.Manakala subjek-subjek berteraskan Islam adalah subjek-subjek yang perlu diambil untuk memantapkan pelajar dalam Al-Quran, Tajwid, Aqidah, Akhlak dan Bahasa Arab. Selain dari pengajian kuliah, pelajar diploma perakaunan juga akan menjalani latihan industri selama 10 minggu bagi mendedahkan pelajar kepada persekitaran pekerjaan serta dapat mengaplikasikan teori-teori yang telah di ajar di dalam kelas.
STRUKTUR PROGRAM
Semester 1- Tahun 1
Ko-Kurikulum 1, Bahasa Arab asas, english 1, Pengajian Tajwid, Perakaunan Kewangan 1, Aplikasi Komputer, Asas Pengurusan, Matematik Perniagaan, Kaedah Pengurusan dan Perniagaan Islam
Semester 2-Tahun 1
Ko-Kurikulum 2, Bahasa Arab 1, English 2, Pengajian Al-Quran 1, Perakaunan Kewangan 2, Perakaunan Kos 1, Mikroekonomi, Asas Statistik
Semester 3 –Tahun 2
English 3, Bahasa Arab 2, Pengajian Al-Quran 2, Perakaunan Kos 2, Perakaunan Perkomputeran, Makroekonomi, Perakaunan Kewangan 3
Semester 4 _Tahun 2
Pengajian Islam, Pengajian Al-Quran 3, Perakaunan Kewangan 4, Konsep Perakaunan Islam, Pencukaian 1, Audit , Bahasa Arab 3, Tasawuf dan Aqidah
Semester 5- Tahun 3
Bahasa kebangsaan A, Asas Keusahawanan, Perakaunan Kewangan 5, Perakaunan Pengurusan, Undang-Undang Perniagaan, Asas Kewangan, Pengajian Al-Quran 4
Semester 6- Tahun 3
Perakaunan Kewangan 6, Analisisi Pelaburan, Pencukaian 2, E-Dagang, Undang-Undang Perkongsian dan Syarikat, Pengajian Malaysia
 
DIPLOMA PERBANKAN ISLAM
PENGENALAN
Program ini direkabentuk supaya pelajar dapat menamatkan pengajian dalam tempoh dua setengah tahun( 1 hingga 5 semester pengajian). Kursus yang ditawarkan adalah berasaskan kepada bidang pengurusan yang memfokuskan kepada bidang perbankan Islam. Struktur program ini dipecahkan kepada 3 komponen utama iaitu teras KUIN, teras program dan elektif program. Lima kursus elektif program (sistem kewangan Islam, kontrak dan transaksi perbankan Islam, sistem ekonomi Islam, institusi kewangan Islam dan prinsip pengurusan bank Islam) yang ditawarkan dalam program ini akan menjadi mata pelajaran khusus bidang perbankan Islam. Kaedah pengajian bagi program ini adalah secara kuliah. Pelajar juga akan menjalani latihan industri selama 10 minggu untuk mendedahkan mereka dengan situasi kerja sebenar. Selepas tamat pengajian, pemegang Diploma Perbankan Islam boleh menyambung pengajian di peringkat ijazah di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan IPTA-IPTA serta IPTS-IPTS yang lain. Selain itu, mereka juga boleh memasuki pasaran pekerjaan yang berkaitan dengan perbankan samaada di sektor kerajaan mahupun swasta.
STRUKTUR PROGRAM
Semester 1 – Tahun 1
Aplikasi Komputer, Asas Pengurusan, Matematik Perniagaan, Pengajian Malaysia, Ko Kurikulum 1, Bahasa Arab Asas (Tiada kredit ), English 1, *Bahasa Kebangsaan A, Pengajian Tajwid
Semester 2 – Tahun 1
Mikro ekonomi, Asas Statistik, Asas Pemasaran, Aqidah dan Tasawuf, Ko Kurikulum 2, Bahasa Arab 1, English 2, Pengajian Al-Quran 1
Semester 3 – Tahun 2
Institusi Kewangan Islam, Perakaunan Kewangan, Undang-undang Perniagaan, Makro ekonomi, English 3, Bahasa Arab 2, Pengajian Al-Quran 2
Semester 4 – Tahun 2
Kontrak dan Transaksi Perbankan Islam, Komunikasi Perniagaan, Sistem Ekonomi Islam, Asas Perakaunan Pengurusan, Pengajian Islam, Bahasa Arab 3, Pengajian Al-Quran 3
Semester Intersesi – Tahun 2
Latihan Industri
Semester 5 – Tahun 3
Asas Keusahawanan, E-Dagang, Sistem Kewangan Islam, Asas Kewangan, Kaedah Pengurusan dan Perniagaan, Prinsip Pengurusan Bank Islam, Pengajian Al-Quran 4
 
DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
PENGENALAN
Program pengajian ini memfokuskan kepada bidang pengurusan perniagaan secara umum dengan tempoh pengajiannya dua setengah tahun (1 hingga 5 semester pengajian). Struktur program ini dipecahkan kepada 3 komponen utama iaitu teras KUIN, teras program dan elektif program. Lima kursus elektif program (pengurusan sumber manusia, pengurusan operasi, perniagaan antarabangsa, gelagat pengguna dan gelagat organisasi) yang ditawarkan dalam program ini akan menjadi mata pelajaran khusus bidang pengurusan. Kaedah pengajian bagi program ini adalah secara kuliah. Pelajar juga akan menjalani latihan industri selama 10 minggu untuk mendedahkan mereka dengan situasi kerja sebenar. Selepas tamat pengajian, pemegang Diploma Pengurusan Perniagaan boleh menyambung pengajian di peringkat ijazah di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan IPTA-IPTA serta IPTS-IPTS yang lain. Selain itu, mereka juga boleh memasuki pasaran pekerjaan yang berkaitan dengan pengurusan samaada di sektor kerajaan mahupun swasta.
STRUKTUR PROGRAM
Semester 1 – Tahun 1
Aplikasi Komputer, Asas Pengurusan, Matematik Perniagaan, Pengajian Malaysia, Ko Kurikulum 1, Bahasa Arab Asas (Tiada kredit ), English 1, *Bahasa Kebangsaan A, Pengajian Tajwid
Semester 2 – Tahun 1
Mikro ekonomi, Asas Statistik, Asas Pemasaran, Aqidah dan Tasawuf, Ko Kurikulum 2, Bahasa Arab 1, English 2, Pengajian Al-Quran 1
Semester 3 – Tahun 2
Gelagat Organisasi, Perakaunan Kewangan, Undang-undang Perniagaan, Makro ekonomi, English 3, Bahasa Arab 2, Pengajian Al-Quran 2
Semester 4 – Tahun 2
Pengurusan Sumber Manusia, Komunikasi Perniagaan, Pengurusan Pengeluaran dan Operasi, Asas Perakaunan Pengurusan, Pengajian Islam, Bahasa Arab 3, Pengajian Al-Quran 3
Semester Intersesi – Tahun 2
Latihan Industri
Semester 5 – Tahun 3
Asas Keusahawanan, E-Dagang, Perniagaan Antarabangsa, Asas Kewangan, Kaedah Pengurusan dan Perniagaan, Gelagat Pengguna, Pengajian Al-Quran 4
 
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
PENGENALAN
Program Diploma Teknologi Maklumat yang ditawarkan di kulliyyah ini berupaya untuk menyediakan tenaga kerja separa mahir dalam bidang teknologi maklumat. Program ini direkabentuk supaya dapat disiapkan dalam tempoh 2 ½ tahun (5 semester) dan telah pun mendapat pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Kurikulum yang direkabentuk merangkumi pengajian berkaitan prinsip asas teknologi maklumat, rekabentuk sistem, pangkalan data, teknologi rangkaian serta pendedahan kepada pengaturcaraan seperti Java, pengaturcaraan Web, Visual dan C. Kemahiran keinsanan turut diterapkan bagi melahirkan graduan yang selaras dengan kehendak industri.
STRUKTUR PROGRAM
Semester 1 – Tahun 1
Pengenalan Teknologi Maklumat, Asas Pengaturcaraan, Matematik Teknologi Maklumat, Asas Pengurusan , English 1, Pengajian Tajwid, Kaedah Pengurusan & Perniagaan Islam, Bahasa Arab Asas, Ko Kurikulum 1
Semester 2 – Tahun 1
Pengaturcaraan Java 1, Asas Statistik Teknologi Maklumat, Organisasi Sistem Komputer, Bahasa Arab 1, English 2, Bahasa Kebangsaan A/B, Akidah dan Tasawuf, Pengajian Al-Quran 1, Ko Kurikulum 2
Semester 3 – Tahun 2
Pengaturcaraan Java 2, Analisa dan Rekabentuk Sistem Berorientasikan Objek, Sistem Pengoperasian, Perkakasan Komputer Peribadi, English 3, Bahasa Arab 2, Pengajian Malaysia, Pengajian Al-Quran 2
Semester 4 – Tahun 2
Pengenalan Sistem Pangkalan Data, Teknologi Rangkaian & Komunikasi Data, Asas Multimedia, Sistem Unix, Pengajian Islam, Bahasa Arab 3, Pengajian Al-Quran 3
Semester Intersesi – Tahun 2
Latihan Industri
Semester 5 – Tahun 3
Pengaturcaraan Web dan Internet, Pengaturcaraan Visual, Kejuruteraan Perisian, E-Dagang, Asas Keusahawanan, Perakaunan Kewangan, Pengajian Al-Quran 4
 
ASASI SAINS SOSIAL
PENGENALAN
Program pra ijazah merupakan pengajian sepenuh masa selama setahun (1 hingga 3 semester). Selepas tamat pengajian, pemegang Pra-Ijazah akan mempunyai asas yang cukup untuk membolehkan mereka menyambung pengajian di dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di Kolej Universiti Insaniah (KUIN).
STRUKTUR PROGRAM
Semester 1 – Tahun 1
Mikro ekonomi, Aplikasi Komputer, Asas Pengurusan, Matematik Perniagaan, Perakaunan Kewangan, Beginner English, Pengajian Tajwid
Semester 2 – Tahun 1
Makro ekonomi, Asas Statistik, Asas Pemasaran, Asas Kewangan, Bahasa Arab 1, Elementary English
Semester 3 – Tahun 2
Pre-Intermediate English, Bahasa Arab 2, *Bahasa Kebangsaan A, Pengajian Al-Quran 1, Pengajian Islam, Pengajian Malaysia
 
PRA DIPLOMA
PENGENALAN
Program pra diploma merupakan pengajian persediaan sepenuh masa sebelum layak diserap ke program diploma di Kolej Universiti Insaniah dalam bidang-bidang pengajian seperti Pengurusan Pernigaan, Perakaunan dan juga Teknologi Maklumat dan lain-lain program pengajian baru yang bakal ditawarkan (tempoh pengajian 1 hingga 2 semester).
STRUKTUR PROGRAM
Semester 1 – Tahun 1
Asas Perniagaan, Asas Matematik 1, Asas Teknologi Maklumat, Pengajian Islam, Al-Quran 1, Beginner English , *Bahasa Kebangsaan A
Semester 2 – Tahun 1
Asas Matematik 2, Asas Perakaunan , Al-Quran 2, Pre Intermediate English, Pengajian Malaysia
 
PENDAFTARAN
Pendaftaran sebagai pelajar Kolej Universiti.
Selepas menerima surat tawaran pemohon mestilah mendaftar sebagai pelajar Kolej Universiti mengikut tarikh yang ditetapkan. Dokumen yang diperlukan mesti dihantar ke pejabat Pendaftar selepas membayar yuran pengajian.
PENDAFTARAN KURSUS BAGI SETIAP SEMESTER
Seseorang yang mendapat tawaran hendaklah mendaftar sebagai pelajar Kolej Universiti pada tarikh yang ditetapkan.
Daftar Semester dan Kursus
  • Setiap pelajar hendaklah mendaftar kursus pada hari pertama setiap semester. Walau bagaimana pun atas sebab-sebab tertentu, pelajar boleh mendaftar dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester bermula dengan kebenaran Dekan Kulliyyah.
  • Pelajar yang tidak mendaftar dalam tempoh tiga (3) minggu selepas semester bermula tanpa memberi sebarang sebab secara bertulis kepada Dekan Kulliyyah berkenaan akan digugurkan statusnya sebagai pelajar Kolej Universiti dan diberhentikan.
 
  • Had minimum mendaftar kursus adalah 12 jam kredit dan maksimum 21 kredit pada setiap semester. Had tersebut di atas tidak termasuk kredit praktikum dan intersesi.
Pelajar perlu menjelaskan yuran pengajian sebelum mendaftar kursus.
 
TEMPOH PENGAJIAN
Tempoh menyempurnakan sesuatu program adalah seperti berikut:
Program
Tempoh Minimum
PhD 6 – 10 semester (sepenuh masa) ATAU 6 – 14 semester (separuh masa)
Sarjana 4 – 8 semester (sepenuh masa) ATAU 4 – 12 semester (separuh masa)
Sarjana Muda 6 Semester
Diploma 5 Semester, 6 Semester (Perakaunan)
Asasi Sains Sosial 3 Semester
Pra Diploma 2 Semester
 
YURAN PENGAJIAN
Berikut merupakan yuran pengajian bagi peringkat pengajian.
Program Doktor Falsafah
Yuran Pengajian:
RM 1,000 untuk satu semester (warga Malaysia)
RM 1,200 untuk satu semester (pelajar antarabangsa)
Yuran Peperiksaan (Penilaian Tesis / Dissertasi ):
RM 1,500

Yuran Peperiksaan Ulangan:
RM 1,500

Program Ijazah Sarjana
Yuran Pengajian:
RM 1,000 untuk satu semester (warga Malaysia)
RM 1,200 untuk satu semester (pelajar antarabangsa)
Yuran Peperiksaan ( Penilaian Tesis / Dissertasi ):
RM 1,000

Yuran Peperiksaan Ulangan:
RM 1,000

Program Ijazah Sarjana Muda
Yuran Pengajian:
RM 60 bagi setiap kredit
Program Diploma
Yuran Pengajian:
RM 48 bagi setiap kredit
Program Asasi Sains Sosial
Yuran Pengajian:
RM 48 bagi setiap kredit
Program Pra Diploma
Yuran Pengajian:
RM 48 bagi setiap kredit
PINJAMAN DAN BIASISWA
  • Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (LBNK)
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
(* bagi pelajar Malaysia sahaja)
  • Biasiswa INSANIAH
(* 100 orang pelajar bagi setiap tahun)
 
STAF KULLIYYAH MUAMALAT

DEKAN

Prof. Dr. Wan Sulaiman Bin Wan Yusoff
Ph.D Economics (University of Essex, UK), M.A in Islamic Economics (UKM), M.A in Economics (University of Karachi, Pakistan), B.A (Hons) Economics (University of Karachi, Pakistan).
Tel : 04-737 4370.
Pembantu Tadbir :
Anis Izana Binti Mohd Shuib
Tel : 04-737 4371.
Pembantu Tadbir :
Siti Salawati Binti Nordin
Tel : 04-737 4377.
 
TIMBALAN DEKAN

Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol
M.A Economics (UUM), Bachelor in International Business (Finance & Banking) (Hons) (MSU), Bachelor in Syariah (Hons) (Al-Azhar).

 
KETUA JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Mohd Hanif Bin Mohd Ali
MSc. IT (UUM), BSc (Hons) Computer Science (UTM).

 
KETUA JABATAN PENGURUSAN PERNIAGAAN

Siti Fatimah Binti Muhamad Nor.
M.A. Management (UUM), B.A Islamic Revealed Knowledge And Heritage (UIA).
Expertise: Fiqh Muamalat & Management.
 
KETUA JABATAN PERAKAUNAN

Suraiya Binti Shafiee @ Ismail
M.A Accounting (UiTM), B. Acc (Hons) (UiTM), Dip. In Acc (UiTM).

 
PROFESOR UNIVERSITI

Prof. Dato’ Dr. Jamil Bin Osman
PhD Manegerial Economics (Rensselaer Polytechnic Institute, Troy, New York), M.S Applied Statistics (WMU), Professional Institute of Statisticians (Econometrics) (U.K).Diploma in Islamic Studies (UKM)

 
Prof. Dr. Hamzah Bin Ismail.
DBA (Indiana University) (USA), MBA (McMaster University) (Canada), Bachelor
Economics (University of Malaya)
Expertise: Islamics Accounting and Finance, Corporate Restructuring,
Entrepreneurial Development and Project Management.
 
FELLOW KULLIYYAH

Dato’ Ahmad Tajudin Bin Ab. Rahman
( Mantan Ketua Eksekutif BIMB )

Dato’ Mohd. Fadzli Bin Yusof
(Mantan Ketua Eksekutif Takaful Malaysia Berhad )

 
PENSYARAH
Prof Madya Dr. Mohd Yussoff Ibrahim
PhD. Management Accounting (USM), MSc Accounting (Uni. Of Toledo USA), B.A. of Accounting (UKM).
Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Bin Hanafi
Ph.D Syariah, (Al-Azhar Universiti, Egypt), MA Syariah, (Al-Azhar Universiti, Egypt), Dip. Syariah, Malaya Islamic College,Petaling Jaya .
Prof. Madya Dr. Abdel Salam Abdel Fattah Mohamed Afify
Ph.D Syariah (Al-Azhar Universiti, Egypt), MA Syariah (Al-Azhar Universiti, Egypt), BA Syariah (Al-Azhar Universiti, Egypt).
Prof. Mayda Dr. Mohamed Ahmed Abou Sayed Ahmed
Ph.D Syariah (Al-Azhar Universiti, Egypt), MA Syariah (Al-Azhar Universiti, Egypt), BA Syariah (Al-Azhar Universiti, Egypt).
Prof. Madya Dr. Mohamed Ibrahim Ali Ads
Ph.D Syariah (Al-Azhar Universiti, Egypt), MA Syariah (Al-Azhar Universiti, Egypt), Mesir, BA (Al-Azhar Universiti, Egypt).
Prof. Madya Ab. Rahman Bin Mustafa
Sarjana Undang-Undang (LLM) (UM), Sarjanamuda Undang-Undang (LLB) (UIAM), Sarjanamuda Pengajian Islam (Kepujian) (UKM), Sarjanamuda Pengajian Islam (AM) (UKM).
Prof. Madya Zakaria Bin Man
M.A. (Ekonomi) dan Diploma Analisis Ekonomi dari Universiti Kent di Canterbury, England . Ijazah Ekonomi (Hons.) dari Universiti Malaya pada tahun 1976
Mohd Khialdin @ Dziyauddin Bin Haji Ahmad
M.A. Economics (Uni of Arkansas) (USA), BSc (Agriculture Economics) (Lousiana State Uni) (USA), Dip of Agric (UPM).
Asnani Binti Bahari
Master in Human Resource Management (MHRM) (UUM), Bachelor in Business Administration (Hons.)(UUM).
Safizal Bin Abdullah
M.A. Management (UUM), B.A. Business Administration (Hons)(UUM), Certificate of Attendance Business Studies (PPP/ITM).
En. Mohd Sofi Bin Ariffin
Master in Human Resource Management (MHRM) (UUM), Bachelor in International Business Management (BIBM) (UUM), Diploma in Marketing (POLIMAS).
Sajiah Binti Yakob
M.A. Business Administration (Accounting)(UUM), B.A. (Hons) Accounting (UUM).
Norzaila Binti Mohamad Nor
MSc. IT (UUM), BSc (Hons) IT (Comp. Sc.) (UKM).
Farahiza Zaihan Binti Azizan
MSc. IT (UUM), BSc (Hons) IT (Rangkaian) (UUM).
Zulhazlin Bin Abas
MSc IT (UUM), BSc (Hons) IT (UUM).
Mohd Farid Bin Abd. Latib
MBA (UUM), Bachelor In Management (Marketing) (UTM).
Ahmad Fahrizal Asmy Bin Mohamed Yunus
B. Acc (Hons) (UiTM), Dip. In Acc (UiTM).
Muhammad Shahrizan Bin Shahrudin
B.Eng. Computer Engineering (Hons)(UniMAP).
Muhammad Hafiz Bin Azizan
B.A Buss. Com. (Hons)(UUM), Dip. in IT (KUIN)
Mazni Bt. Jamaludin
Msc Computer Science (USM), BSc (Hons) Computer Science (USM).
Nor Iza Bt. Aziz
MBA (OUM), BBA (UUM)
Khairunnisak Bt. Ahmad Shakir
MBA Acct (UUM), Bacc Hons (UUM)
Faizatul Hasliyanti Bt. Ghazali
MBA Acct (UUM), Bacc Hons (MMU)
Last Updated on Sunday, 09 May 2010 15:22
 
Maklumat ini ditelah dipetik terus dari laman Kulliyyah & Pengajian Muamalat