Waktu Solat Putrajaya Subuh : 6:09 Syuruk : 7:24 Zohor : 13:29 Asar : 16:45 Maghrib : 19:29 Isyak : 20:39

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1437H/2016M
 
Assalamualaikuam Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
 
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negara ini. Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana pada tahun ini Allah SWT telah memberi peluang untuk kita menyambut Aidilfitri dengan penuh keimanan dan ketakwaan.
 
Alhamdulillah kita telah berjaya melakukan ibadah di sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini dan seterusnya menyambut hari kemenangan pada 1 Syawal kerana diri kita kembali menjadi fitrah. Di samping itu, pada hari lebaran ini juga kita perlu memanjatkan doa agar Allah SWT memberikan pertolongan dan kemenangan kepada saudara seagama dengan kita di luar negara yang sering dibelenggu dengan peperangan dan penderitaan hidup.
 
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini saya menyeru semua umat Islam agar dapat meningkatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas pelbagai nikmatNya yang kita kecapi selama ini dan juga memperkasakan hubungan persaudaraan serta kasih sayang kerana Allah SWT yang menjadi asas kekuatan ummah dan negara.
 
Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada seluruh muslimin dan muslimat.
 
Sekian
 
 
YBhg Tan Sri Dato' Haji Othman bin Mustapha
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Syawal 1437H
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 Februari 2017.
Jumlah Pelawat :10255340